top of page

Selangor buka semula permohonan bantuan RM1,000 untuk pelajar IPT

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT), dengan nilai bantuan RM1,000 disediakan kepada pelajar yang layak.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan pelajar Selangor khususnya mereka yang melanjutkan pengajian ke tahun pertama di universiti diiktiraf Kerajaan Negeri.


"Bantuan meliputi pelajar daripada peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4 sehingga Ijazah Sarjana Muda.


"Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta, meningkat berbanding RM3 juta sebelum ini supaya lebih ramai pelajar dapat menerima manfaat," katanya menerusi Facebook.


Permohonan boleh dikemukakan menerusi https://danapendidikan.selangor.gov.my sebelum 14 April 2026.

Sebagai rekod, HPIPT diperkenal sejak 2023 merupakan salah satu inisiatif di bawah program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


Inisiatif ini bukan sahaja sekadar sokongan kewangan tetapi sebagai simbol penghargaan kepada anak-anak Selangor yang berusaha melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi.


Ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2026 sebelum ini, Amirudin turut mengumumkan peningkatan peruntukan HPIPT daripada RM3 juta kepada RM5 juta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page