Konflik Asia Barat jadi iktibar, Malaysia-ASEAN perlu perkukuh kedaulatan
- Helmi Mohd Foad

- 4 hours ago
- 2 min read

Konflik berterusan di Asia Barat perlu dijadikan iktibar oleh Malaysia dan negara ASEAN untuk memperkukuh keupayaan menentukan hala tuju sendiri tanpa tunduk kepada tekanan kuasa besar.
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) berkata negara-negara di rantau ini tidak boleh mengulangi kesilapan yang berlaku di Timur Tengah.
"Konflik Asia Barat perlu dijadikan iktibar bagi Malaysia dan ASEAN agar menentukan nasib sendiri tanpa membenarkan kuasa luar menjadi pemecah belah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pergantungan terhadap kuasa besar seperti Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan dan ekonomi akhirnya membawa implikasi besar apabila kepentingan negara kecil diketepikan.
"Negara-negara monarki Arab dengan beberapa pengecualian masih terikat dengan mentaliti lama peninggalan penjajah Barat," katanya.
Bagi mengelak konflik merebak ke ASEAN Raja Kamarul menggariskan beberapa langkah penting yang perlu diambil oleh Malaysia dan ASEAN iaitu memperkukuh prinsip berkecuali serantau (ZOPFAN)
"Malaysia bersama ASEAN perlu berpegang kepada konsep ZOPFAN memandangkan kuasa besar dilihat semakin mencetuskan ketidakstabilan global," katanya.
Selain itu, tegas beliau, sebarang pertikaian perlu diselesaikan melalui rundingan serantau tanpa campur tangan kuasa luar.
Jelas beliau ASEAN juga disaran membina kekuatan sendiri dari segi ekonomi dan pertahanan.
"Kekayaan semata-mata tidak menjadikan sesebuah negara kuat tanpa daya tahan mental dan keupayaan berdikari," katanya.
Dalam pada itu Raja Kamarul mengingatkan kehadiran tentera asing di rantau ini, termasuk di Filipina boleh meningkatkan risiko konflik geopolitik terutama melibatkan China.
"Pendekatan ‘gun boat diplomacy’ hanya akan mencetuskan ketegangan yang lebih besar," katanya.
Tambahnya beberapa konflik besar dunia wajar dijadikan pengajaran, termasuk Perang Vietnam yang mencetuskan krisis pelarian besar di Asia Tenggara.
Jelasnya Malaysia sendiri pernah menanggung kesan apabila Pulau Bidong, Terengganu dijadikan pusat transit pelarian.
"Pulau Bidong pernah menjadi pusat transit sementara, sedangkan kuasa besar lambat bertindak dan meninggalkan kesan sosial serta ekonomi," katanya.
Selain itu, ujar beliau konflik di Afghanistan juga menunjukkan kegagalan campur tangan luar.
Menurut beliau, dunia kini menuju ke arah keseimbangan kuasa baharu dengan kebangkitan ekonomi China serta kemajuan teknologi ketenteraan negara seperti Iran.
"Semakin konflik meningkat, semakin besar kesan ekonomi global yang terpaksa ditanggung oleh semua pihak," katanya.
Dalam konteks ini, kata Raja Kamarul, Malaysia perlu mengambil pendekatan berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana blok kuasa.
"Isu serantau perlu diselesaikan secara dalaman melalui diplomasi, seperti kejayaan Malaysia baru-baru ini dalam membantu menyelesaikan konflik Vietnam-Thailand secara aman melalui inisiatif Perdana Menteri.
"Malaysia perlu melangkah ke hadapan sebagai negara berkecuali dalam dunia multipolar tanpa dipengaruhi hegemoni AS dan Barat," katanya.




Переглядаючи форуми про онлайн-букмекерів, натрапив на обговорення живого блекджеку. Учасники приділяли увагу швидкості дилера, різноманіттю столів та умовам гри, замість того щоб обіцяти неймовірні виграші. Однією з рекомендацій було грати в блекджек україна у БК Бетон, де інтерфейс та динаміка гри справді оцінюються позитивно. Коментарі виглядали як справжній досвід гравців, а не реклама.