top of page

Berita


Kerajaan guna semua instrumen siasat dakwaan 'mafia korporat'
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berkaitan dakwaan manipulasi korporat secara terperinci merangkumi elemen jenayah dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, perjalanan kes tersebut ketika ini lancar dan beliau diberikan taklimat dari semasa ke semasa oleh pihak polis berkaitan perkembangan siasatan. Malah tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan

Suara Keadilan
Apr 131 min read


Kesetiaan teras kekuatan parti KEADILAN - Saifuddin
Saifuddin Shafi berucap pada MATC KEADILAN Sungai Besar, Selangor Semua anggota KEADILAN diseru untuk kekal setia kepada teras perjuangan yang dibawakan parti itu. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kekuatan sebenar parti bukan terletak pada nama atau jawatan, sebaliknya berpaksikan kesetiaan tidak berbelah bagi setiap anggotanya. "Kesetiaan adalah akar yang memegang pohon perjuangan agar tidak tumbang ditiup angin fitnah dan digoncang bada

Azuan Ab Rahman
Apr 131 min read


KPM ambil tindakan segera selesai isu di SK Balaban Jaya
Murid SK Balaban Jaya terpaksa menggunakan khemah dan koridor masjid meneruskan sesi pembelajaran Tindakan segera bakal dilaksana bagi menangani isu akses pendidikan yang berbangkit di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran di Sabah. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan segera termasuk memindahkan murid terbabit secara sementara ke SK Pekan Beluran bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas. Selain itu, pihaknya juga bakal menyediakan kemudahan pengang

Suara Keadilan
Apr 131 min read


Buka ruang lebih luas wanita jadi calon pilihan raya - Noraziah
Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang menuntut agar sekurang-kurangnya penyertaan 30 peratus wanita sebagai calon pada pilihan raya akan datang. Ketuanya, Noraziah Mohd Razit (gambar) berkata pendirian tersebut disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang pada Sabtu. Beliau yang juga Exco Wanita KEADILAN Pusat turut menegaskan, bahawa pendirian tersebut bukan sekadar angka, namun sebagai bentuk pengiktirafan terhadap keupayaan dan peranan wanit

Azuan Ab Rahman
Apr 131 min read


Selangor sokong swasta wujudkan persekitaran kerja mesra keluarga
Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendirian menyokong semua usaha bagi memperkasa amalan keseimbangan kerja dan kehidupan, khususnya melalui pelaksanaan dasar mesra keluarga. Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata dasar negeri yang diperkenalkan pada awal 2025 itu bertujuan menggalakkan sektor swasta mewujudkan persekitaran kerja mesra keluarga yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah meningkatkan kecekapan dan prestasi organisasi.

Suara Keadilan
Apr 131 min read


Minyak habis meter berjalan: Stesen tiada sistem "henti automatik", jelas KPDN
Kejadian berpunca daripada kehabisan stok diesel ketika pelanggan melakukan proses pengisian

Suara Keadilan
Apr 122 min read


MTEN nafi diesel 329,000 tong dihantar ke Filipina berasal dari Malaysia
Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menafikan dakwaan bahawa penghantaran 329,000 tong diesel yang dilaporkan media Filipina berasal dari Malaysia. Dalam satu kenyataan, MTEN memaklumkan bahawa semakan awal telah dibuat dan mendapati bekalan diesel berkenaan bukan daripada sumber negara ini. "Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia. Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan bera

Redzuan Shamsudin
Apr 121 min read


Pertumbuhan Asia Tenggara dijangka perlahan, M'sia lebih baik dengan subsidi bersasar
Pertumbuhan Asia Tenggara dijangka mengalami kelembapan pada tahun ini susulan tekanan berganda daripada krisis tenaga global dan ketidaktentuan perdagangan antarabangsa, demikian menurut kumpulan Bank Dunia. Pertumbuhan rantau Asia Timur dan Pasifik dijangka susut kepada 4.2 peratus pada 2026 sebelum pulih semula pada 2027, dengan China turut mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan akibat kelemahan permintaan domestik dan masalah sektor hartanah, katanya dalam laporan East As

Helmi Mohd Foad
Apr 123 min read


Misi ke Gaza bawa mesej Palestin berhak merdeka - Amirudin
DS Amirudin (berjaket maroon) di KLIA untuk berlepas bagi menjayakan misi penghantaran bantuan ke Palestin Penyertaan Menteri Besar Selangor bersama delegasi antarabangsa ke Gaza bukan bermotifkan politik atau agama, sebaliknya berteraskan misi kemanusiaan. Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu hantaran di Facebook berkata, delegasi kemanusiaan terdiri daripada pelbagai negara, bangsa dan agama itu bersatu membawa satu mesej jelas iaitu Palestin berhak merdeka. "Kami akan b

Suara Keadilan
Apr 121 min read


Dasar berimpak tinggi dilaksana KESUMA bukti kesungguhan reformasi
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memuji dasar berimpak tinggi dilaksana Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam tempoh 100 hari pertama di bawah pentadbiran Menterinya, Datuk Seri R Ramanan. Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon (gambar) berkata, pencapaian tersebut telah membuktikan kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan reformasi kebajikan pekerja secara pantas dan berkesan. "DPMM menyokong penuh pendekatan itu dan akan bekerjasama rapat dengan KESUMA dalam memastik

Azuan Ab Rahman
Apr 121 min read


Malaysia kecam Israel lulus 34 penempatan haram baharu di Palestin
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT). Kementerian Luar menerusi satu kenyataan pada Sabtu menegaskan bahawa tindakan peluasan penempatan secara berterusan merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan. Ia terutamanya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolus

Suara Keadilan
Apr 121 min read


PIBG diseru kukuh peranan seiring cabaran pendidikan semakin kompleks
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memperkukuh peranannya sebagai pemacu pembentukan generasi masa depan seiring cabaran pendidikan yang semakin kompleks ketika ini. Menurutnya, pendidikan masa kini tidak lagi tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya merangkumi pembangunan sahsiah, kemahiran berfikir serta keseimbangan emosi dan sosial murid. "Apa yang patut kita buat adalah sama

Suara Keadilan
Apr 121 min read


Kerajaan tidak bantu pesawah?
Dakwaan kononnya kerajaan tidak membantu pesawah tidak tepat sama sekali, sebaliknya pelbagai langkah sedang diambil dalam menghadapi tekanan kenaikan kos akibat krisis tenaga global. Dalam satu kenyataan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api dunia memberi kesan menyeluruh kepada semua sektor, termasuk pertanian. "Bila harga bahan api naik, kos pertanian turut meningkat. Baja naik, racun naik, upah mem

Redzuan Shamsudin
Apr 112 min read


T'ganu bukan pengeluar utama minyak, tidak cukup tampung kegunaan domestik
Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu tampil menjelaskan fakta sebenar industri petroleum negeri itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul akibat naratif politik pemimpin Pas negeri yang membayangkan puluhan telaga minyak di negeri itu boleh menyumbang dalam menurunkan harga minyak bagi kegunaan domestik. Setiausahanya, Ahmad Nadhir Yob, berkata walaupun Terengganu merupakan antara negeri pengeluar minyak utama negara, tahap pengeluarannya tidak mencukupi untuk men

Suara Keadilan
Apr 112 min read


Adam Adli hadir ke sekolah balas ucapan murid
Adam Adli membalas kad hari raya dari pelajar SK Datuk Palembang Dalam era komunikasi digital yang serba pantas, satu kisah penuh makna di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang membuktikan bahawa sentuhan peribadi masih mampu meninggalkan kesan mendalam. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, hadir sendiri ke sekolah tersebut selepas menerima kad ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada 12 murid yang terdiri daripada pengawas sekolah tersebut. Lebih istimewa,

Redzuan Shamsudin
Apr 111 min read


'Jika negara punya 100% sumber minyak, harga masih terikat pasaran global'
Dakwaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim, berhubung industri minyak negara yang didakwa boleh memurahkan harga minyak di pasaran sekiranya menggunakan 'hasil petroleum sendiri' disifatkan sebagai mengelirukan. Dalam satu kenyataan media, Daie Madani menyifatkan, amat “ironis dan menyedihkan” apabila seorang pemimpin dari negeri yang dikenali sebagai pengeluar minyak gagal memahami struktur sebenar industri tersebut. "Adalah amat mengejutkan apabila seor

Suara Keadilan
Apr 112 min read


KKM pertimbang kenaikan elaun, elak jururawat hijrah ke luar negara
Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mempertimbang untuk menaikkan elaun jururawat dalam sebagai sebahagian usaha mengatasi masalah ‘perang gaji’ sekaligus mengelak mereka berhijrah ke luar negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, selain meningkatkan jumlah pengambilan jururawat, langkah menaikkan upah atau elaun seperti ‘post-basic’ itu akan menjadi pertimbangan dalam Program Kejururawatan. "Kita tahu negara jiran menawarkan remunerasi lebih tinggi,

Suara Keadilan
Apr 111 min read


Kerajaan rombak, perketat AP elak lambakan sayur import
Kerajaan bakal merombak dan memperketat kawal selia Permit Import (AP) sayur untuk mengelak lambakan bekalan import sekaligus melindungi petani tempatan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, kekurangan kawal selia sebelum ini membolehkan pihak tertentu menguasai rantaian bekalan hingga mempengaruhi harga pasaran serta membuka ruang kepada kawalan harga yang tidak sihat. Justeru kementeriannya akan memastikan import hany

Suara Keadilan
Apr 111 min read


Kerajaan luncur program MyChipStart, lonjak keupayaan dalam semikonduktor
Tze Tzin (kanan) melancarkan program MyChipStart di Auditorium Murad Mohd Noor, di Pualu Pinang Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih tinggi dalam rantaian nilai semikonduktor, tegas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin. Menurutnya, usaha tersebut dilaksana menerusi pelbagai inisiatif termasuk program MyChipStart, yang bertujuan memupuk syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, berteraskan Pelan Induk Per

Suara Keadilan
Apr 112 min read


Kerajaan usaha kekalkan harga RON95 RM1.99, kurang beban hidup rakyat
Kerajaan MADANI akan berusaha mempertahankan harga subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat biarpun bekalan minyak terhad dan pergerakan kapal tangki dari Asia Barat melambung kosnya.

Akmal Manaf
Apr 101 min read
bottom of page
