top of page

Kesetiaan teras kekuatan parti KEADILAN - Saifuddin

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Apr 13
  • 1 min read
Saifuddin Shafi berucap pada MATC KEADILAN Sungai Besar, Selangor
Saifuddin Shafi berucap pada MATC KEADILAN Sungai Besar, Selangor

Semua anggota KEADILAN diseru untuk kekal setia kepada teras perjuangan yang dibawakan parti itu.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kekuatan sebenar parti bukan terletak pada nama atau jawatan, sebaliknya berpaksikan kesetiaan tidak berbelah bagi setiap anggotanya.


"Kesetiaan adalah akar yang memegang pohon perjuangan agar tidak tumbang ditiup angin fitnah dan digoncang badai cabaran.


"Jadilah seperti akar yang menunjang, walaupun tidak kelihatan, memberi kekuatan kepada seluruh pohon untuk berdiri megah," katanya.


Beliau sebelumnya hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Sungai Besar pada Sabtu.


Saifuddin, yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor sementara itu turut mengingatkan bahawa kepimpinan merupakan 'nakhoda' dalam sesebuah organisasi.


Jelasnya, walaupun parti meraikan perbezaan pandangan, namun setiap keputusan yang telah dimuktamadkan oleh pimpinan wajib didukung dengan penuh komitmen dan disiplin.


Dalam ucapan yang sama, beliau menyeru anggota di peringkat cabang khususnya di Sungai Besar untuk memperkukuh gerak kerja akar umbi bagi memastikan kemenangan blok Kerajaan Perpaduan di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu jelasnya, usaha tersebut menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada seluruh anggota parti.


"Kita tidak mempunyai ruang untuk berasa selesa. Rakyat sedang memerhati, dan sejarah sedang mencatat setiap langkah perjuangan kita.


"Turunlah ke akar umbi, dengar denyut nadi rakyat, dan selesaikan masalah mereka.


"Setiap gerak kerja kita, setiap hantaran di media sosial, dan setiap perbincangan di kedai kopi mestilah menjurus kepada usaha memenangi hati dan minda rakyat," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page