top of page

Buka ruang lebih luas wanita jadi calon pilihan raya - Noraziah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Apr 13
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang menuntut agar sekurang-kurangnya penyertaan 30 peratus wanita sebagai calon pada pilihan raya akan datang.


Ketuanya, Noraziah Mohd Razit (gambar) berkata pendirian tersebut disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang pada Sabtu.


Beliau yang juga Exco Wanita KEADILAN Pusat turut menegaskan, bahawa pendirian tersebut bukan sekadar angka, namun sebagai bentuk pengiktirafan terhadap keupayaan dan peranan wanita dalam kepimpinan.


"Kita mahu wanita diberikan ruang di kerusi yang berpotensi untuk menang, dan membuktikan keupayaan sebagai pembuat dasar serta pemimpin masyarakat," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.


Mesyuarat berlangsung di Li Garden Restaurant, Pasir Gudang dengan perasmian penutup disempurnakan Pengerusi KEADILAN Negeri Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Sementara iu menurut Noraziah, kehadiran seluruh anggota Wanita KEADILAN Pasir Gudang pada mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan dan semangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.


Wanita KEADILAN Pasir Gudang tegasnya akan terus melangkah dengan lebih tersusun selepas ini selain lebih bersedia memastikan perjuangan dibawa parti terus hidup dan memberi makna kepada rakyat.


"InsyaAllah, dengan kekuatan hati dan kesatuan yang kita bina, kita mampu melangkah lebih jauh dan lebih berani menghadapi cabaran mendatang," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page