top of page

Berita


Bengkel pembuatan mi di Tuaran perkasa ekonomi wanita akar umbi
Peserta bengkel mendapat kemahiran membuat mi basah dalam program anjuran Wanita KEADILAN Usaha memperkasakan wanita melalui kemahiran praktikal dan peluang menjana pendapatan terus diperluaskan menerusi Bengkel Pembuatan Mi Basah dan Mi Kering yang berlangsung dengan jayanya di Bolong Baru, Sulaman, Tuaran baru baru ini. Program yang digerakkan oleh Exco Wanita KEADILAN Malaysia, Junaidah Makku @ Junn itu memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai teknik meng

Suara Keadilan
Sep 102 min read


Mangsa kebakaran Kg Numbak: Exco Wanita KEADILAN sampaikan sumbangan
Junaidah menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Numbak Baru Exco Wanita KEADILAN Malaysia, Junaidah Makku @ Junn, kelmarin turun menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Numbak Baru, Sepanggar, Sabah, khususnya golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak yang terjejas akibat musibah berkenaan. Junaidah berkata, kehadiran beliau yang mewakili Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Fadhlina Sidek, sebagai tanda keprihatinan dan solidariti kepimpinan Wanita KEAD

Suara Keadilan
Sep 82 min read


Bengkel pembuatan mi basah, kering perkasa kemahiran wanita Inanam
Peserta diberi ilmu baharu pada Bengkel Pembuatan Mi Basah dan Mi Kering yang berlangsung di Mini Dewan Kampung Bantayan, Inanam Usaha memperkasa golongan wanita melalui kemahiran praktikal dan peluang menjana pendapatan terus diperkasakan menerusi penganjuran Bengkel Pembuatan Mi Basah dan Mi Kering yang berlangsung dengan jayanya di Mini Dewan Kampung Bantayan, Inanam. Program anjuran Exco Wanita KEADILAN Malaysia tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahira

Suara Keadilan
Sep 62 min read


Bersedia hadapi penjajaran baharu, susun strategi hadapi pilihanraya
KEADILAN perlu bersedia menilai semula bentuk kerjasama politik sedia ada dan menyusun strategi baharu bagi menghadapi kemungkinan perubahan jajaran menjelang pilihan raya umum akan datang susulan pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli (gambar) berkata keputusan pilihanraya berkenaan perlu dipandang serius apabila KEADILAN kehilangan kerusi di Johor selain sebuah kerajaan negeri di

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


Menangi semula kepercayaan rakyat, jangan tunggu pilihan raya - Rozana
KEADILAN perlu memperhebat usaha mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan rakyat dengan kembali mendekati masyarakat serta mendengar sendiri keresahan mereka bagi memperkukuhkan kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Naib Ketua Wanita KEADILAN Rozana Zainal Abidin (gambar) berkata, cabaran terbesar parti ketika ini bukan sekadar memenangi pilihanraya sebaliknya memastikan rakyat kembali yakin terhadap perjuangan serta kemampuan KEADILAN membawa perubahan. "Ca

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


Wanita KEADILAN perlu kembali ke akar umbi, dekati rakyat - Fadhlina
Fadhlina menyampaikan menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Wanita KEADILAN Pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara perlu kembali ke akar umbi dengan mempergiat usaha mendekati rakyat bagi memahami sendiri masalah serta keperluan mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata gerak kerja bersama rakyat perlu kembali menjadi asas perjuangan parti khususnya dalam memastikan tiada golongan yang berdepan kesukaran dibiarkan tanpa perhatian dan ba

Helmi Mohd Foad
Aug 142 min read


Perkukuh jentera, tumpu pengundi wanita, terangkan isu Tabung Haji
Jentera parti perlu diperkukuh dan gerak kerja pilihanraya, khususnya kepada pengundi wanita harus dilakukan mulai sekarang sama ada untuk menghadapi pilihan raya umum ke 16 atau Pilihan Raya Negeri Melaka pada hujung tahun ini. Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar), Melaka merupakan negeri penting kepada KEADILAN dan seluruh kekuatan parti perlu digerakkan bagi memastikan persiapan pilihanraya dibuat secara optimum. "Negeri Melaka sangat penting untuk kita.

Suara Keadilan
Aug 142 min read


Jangan wujud ‘parti dalam parti’, beri lebih peranan kepada anak muda
Nurul Izzah memberi ucapan perasmian penuh makna di MITC, Air Keroh, Melaka Kepimpinan dan anggota parti tidak wajar membiarkan pertelingkahan dalaman menjejaskan usaha memenangi hati rakyat, termasuk mengelakkan kewujudan “parti dalam parti”. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kekuatan organisasi tidak akan terbina sekiranya berlaku perebutan pengaruh dalam parti. "Kita tidak jadi kuat kalau wujud parti dalam parti. Dua nakhoda mengemudi satu kapal atau w

Suara Keadilan
Aug 144 min read


Sidang khas RCI TH: Wanita KEADILAN bersolidariti di parlimen
Wanita KEADILAN Pusat akan hadir bersama bersempena sidang khas perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat, esok. Menerusi kenyataan media, Wanita KEADILAN Malaysia menjemput semua pimpinan dan anggotanya untuk hadir sebagai tanda solidariti dalam mempertahankan amanah pendeposit serta memperkukuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti institusi Tabung Haji. "Semua pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN dijemput hadir sebagai tanda

Suara Keadilan
Aug 101 min read


Mansuhkan caj 15% dikenakan ejen kutipan hutang kepada PTPTN - Karen
Kerajaan diseru memansuhkan serta-merta caj 15% yang dikenakan oleh ejen kutipan hutang terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia didakwa menambah beban kewangan golongan yang sedang bergelut untuk melunaskan pinjaman pendidikan mereka. Timbalan Bendahari Wanita KEADILAN Pusat, Karen Kasturi berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada rakyat, khususnya golongan muda, yang bukan enggan membayar balik pinjaman PTPTN, sebalikn

Akmal Manaf
Jul 162 min read


Ketua Wanita KEADILAN Cheras dilantik Penaung Akademi NEXGEN
Yap Kuay Hua (dua dari kanan) dilantik sebagai Penaung Akademi NEXGEN Amazing World Skill Centre Ketua Wanita KEADILAN Cabang Cheras, Madam Yap Kuay Hua dilantik sebagai Penaung/Penasihat Akademi NEXGEN Amazing World Skill Centre. Akademi itu dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan berkenaan dibuat sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman dan dedikasi Kuay Hua dalam memperjuangkan pembangunan masyarakat, pemerkasaan wanita, pendidikan serta kebajikan rakyat.

Suara Keadilan
Jul 62 min read


Henti eksploitasi seksual terhadap wanita di media sosial - Rozy Razit
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit (gambar) menggesa masyarakat menghentikan budaya mengeksploitasi imej wanita sebagai bahan jenaka, sindiran, komen lucah atau serangan peribadi di media sosial. Beliau berkata, trend yang semakin membimbangkan itu bukan sahaja mencemarkan maruah wanita malah membuka ruang kepada normalisasi gangguan seksual dalam ruang digital. "Baru-baru ini tular video yang memaparkan (konon) Menter

Azuan Ab Rahman
Jun 251 min read


Pentadbiran Wanita Cabang Shah Alam diambil alih, proses intervensi rutin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melalui sayap wanitanya memberi jaminan bahawa situasi melibatkan Wanita Cabang Shah Alam terkawal meskipun isu berkenaan ditularkan di media sosial. Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar (gambar) berkata pimpinan sayap itu kekal fokus melaksanakan tanggungjawab tadbir urus parti seperti biasa. "Wanita KEADILAN mengambil maklum akan berita dan perbincangan yang sedang tular mengenai Wanita KEADILAN Cabang Shah Alam. "Kami ingin

Suara Keadilan
May 251 min read


Teguh sokong kepimpinan Anwar, pertahan agenda reformasi - Wanita KEADILAN Selangor
Wanita KEADILAN Selangor menegaskan pendirian untuk terus kekal utuh dan istiqamah dalam perjuangan parti, khususnya dalam mendukung agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri dan negara. Setiausaha Wanita KEADILAN Selangor, Nur Yusmi Md Yusop (gambar) berkata, majoriti anggota sayap itu kekal komited dan tidak berganjak daripada prinsip perjuangan parti walaupun berdepan pelbagai cabaran semasa. "Saya yakin majoriti anggota Wanita KEADILAN Selangor keka

Suara Keadilan
May 241 min read


‘Reformasi tidak mati, hanya jiwa rapuh yang pergi’ - Wanita KEADILAN
Perjuangan Reformasi akan terus kekal utuh meskipun berdepan episod perpecahan dan tindakan beberapa bekas pimpinan yang memilih untuk menubuhkan parti baharu. Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar) berkata, penubuhan parti baharu oleh mantan pimpinan parti merupakan sebahagian daripada dinamika biasa dalam sistem demokrasi yang matang, dan hal itu tidak menjadi masalah besar kepada sebuah parti yang mempunyai pendukung berjiwa kental. "Sebagai seorang yang berge

Redzuan Shamsudin
May 222 min read


Wanita KEADILAN Sarikei anjur bengkel kuih muih, perkasa usahawan wanita
Bruce Yee (berbaju biru) bersama Wanita KEADILAN menganjurkan bengkel mempelajari kuih muih tempatan Wanita KEADILAN Sarikei, Sarawak pada Ahad lalu menganjurkan program “Dapur Rezeki Wanita Sarikei: Bengkel Kuih Muih & Keusahawanan Komuniti” di kawasan DUN Meradong bagi memperkasa kemahiran wanita dalam bidang makanan tradisional dan keusahawanan komuniti. Program tersebut memberi fokus kepada pembangunan kemahiran komuniti, khususnya golongan wanita, dalam penghasilan kuih

Redzuan Shamsudin
May 211 min read


Ketua Wanita KEADILAN Pahang kongsi pentas parlimen sambutan Hari Wanita
Sridayu (bercakap) di Forum bertajuk “Wanita Sebagai Institusi - Peluang Dan Cabaran” Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang, Sridayu Samsuri, menerima pengiktirafan bermakna apabila diundang sebagai panelis dalam Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Parlimen yang berlangsung di Bangunan Parlimen baru-baru ini. Forum bertajuk “Wanita Sebagai Institusi - Peluang Dan Cabaran” itu menghimpunkan tokoh-tokoh wanita nasional dan aktivis komuniti bagi membincangkan peranan wani

Redzuan Shamsudin
May 192 min read


Ketua Wanita Cabang Cheras terima anugerah pencapaian wanita
Yap Kuay Hua menerima Anugerah Penghargaan Khas Pencapaian Wanita pada majlis Golden Empire’s Worldwide Saadhanai Penn 2.0 Ketua Wanita KEADILAN Cabang Cheras, Yap Kuay Hua menerima Anugerah Penghargaan Khas Pencapaian Wanita pada majlis Golden Empire’s Worldwide Saadhanai Penn 2.0, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa dalam memperkasakan wanita di peringkat akar umbi dan menyantuni masyarakat. Menerusi satu kenyataan, Kuay Hua turut dikenali menerusi penglibatann

Akmal Manaf
May 121 min read


KJ jangan buat kenyataan keliru, beri peluru kepada lawan
Khairi Jamaluddin (KJ) diingatkan supaya tidak membuat kenyataan semberono yang hanya menguntungkan pihak lawan khususnya Perikatan Nasional (PN). Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) menerusi satu kenyataan mempersoalkan niat sebenar KJ apabila mendakwa UMNO lebih kuat dan kurang menerima kritikan berbanding parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Menurut Noraziah, kenyataan tersebut bukan sahaja dianggap sengaja memberi peluru kepad

Azuan Ab Rahman
May 51 min read


Program kongsi rezeki Wanita KEADILAN Cheras meriah, kukuh perpaduan komuniti
Penduduk perumahan PPR Pudu Ulu memilih sayur sayuran untuk dibawa pulang Program Kongsi Rezeki Sayur-sayuran dan Buah-buahan (Siri 2) anjuran Wanita KEADILAN Cabang Cheras berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di kawasan PPR Pudu Ulu baru-baru ini. Inisiatif kebajikan memberi sayur dan buah percuma tersebut bukan sahaja melibatkan agihan barangan keperluan, malah membawa mesej kebersamaan dan perpaduan selari dengan semangat Malaysia MADANI. Ketua Wan

Redzuan Shamsudin
May 41 min read
bottom of page
