top of page

Wanita KEADILAN Hulu Langat anjur bengkel pembuatan minyak angin

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 hour ago
1 min read
Peserta Wanita KEADILAN Hulu Langat selesai mengikuti bengkel pembuatan minyak angin
Peserta Wanita KEADILAN Hulu Langat selesai mengikuti bengkel pembuatan minyak angin

Wanita KEADILAN Hulu Langat dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Aspirasi Insani (WANI) terus proaktif memperkasa kemahiran komuniti menerusi penganjuran bengkel pembuatan minyak angin.


Program yang berlangsung di Dusun Tua Sabtu lalu mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan turut disertai Ketua Wanita KEADILAN Hulu Langat, Puan Siti Razimi Abd Razak.


"Program berlangsung dengan lancar dengan bimbingan tenaga pengajar, Puan Mazliwati, yang berkongsi ilmu dan teknik dalam menghasilkan minyak angin berkualiti tinggi.


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Wanita Aspirasi Insani (WANI), tenaga pengajar, para peserta serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar," kata Wanita KEADILAN Hulu Langat menerusi hantaran Facebook.


Tambah mereka, penganjuran bengkel ini bukan sahaja bertujuan memberi kemahiran asas bagi kegunaan harian isi rumah, malah membuka ruang ekonomi baharu kepada golongan wanita tempatan.


Langkah ini membuktikan komitmen berterusan Wanita KEADILAN Hulu Langat dalam memperkasakan ekonomi wanita di peringkat akar umbi menerusi pendedahan kemahiran keusahawanan mikro.

"Semoga segala ilmu dan kemahiran yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta dipraktikkan oleh para peserta, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan dan peluang perniagaan," menurut mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page