top of page

Sidang khas RCI TH: Wanita KEADILAN bersolidariti di parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 10
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Pusat akan hadir bersama bersempena sidang khas perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat, esok.


Menerusi kenyataan media, Wanita KEADILAN Malaysia menjemput semua pimpinan dan anggotanya untuk hadir sebagai tanda solidariti dalam mempertahankan amanah pendeposit serta memperkukuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti institusi Tabung Haji.


"Semua pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN dijemput hadir sebagai tanda solidariti dalam mempertahankan amanah pendeposit, integriti, ketelusan dan akauntabiliti institusi Tabung Haji," kata kenyataan Wanita KEADILAN.


Perhimpunan berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi, 11 Ogos di hadapan Bangunan Parlimen.


Wanita KEADILAN turut mencadangkan kod pakaian bagi peserta iaitu baju putih dan tudung berwarna krim.


"Jika ada, mohon bawa payung lutsinar," kata kenyataan itu lagi.


Kehadiran itu diadakan bersempena sesi khas Dewan Rakyat untuk memastikan pengurusan institusi Tabung Haji terus berteraskan amanah, integriti dan akauntabiliti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page