Malaysia kecam Israel lulus 34 penempatan haram baharu di Palestin
- Suara Keadilan

- 19 hours ago
- 1 min read

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Kementerian Luar menerusi satu kenyataan pada Sabtu menegaskan bahawa tindakan peluasan penempatan secara berterusan merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.
Ia terutamanya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016).
"Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Tindakan dilakukan rejim itu merupakan cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin," kata kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama, Kementerian Luar menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi menuntut penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.




Comments