top of page

Selangor sokong swasta wujudkan persekitaran kerja mesra keluarga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 13
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendirian menyokong semua usaha bagi memperkasa amalan keseimbangan kerja dan kehidupan, khususnya melalui pelaksanaan dasar mesra keluarga.


Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata dasar negeri yang diperkenalkan pada awal 2025 itu bertujuan menggalakkan sektor swasta mewujudkan persekitaran kerja mesra keluarga yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah meningkatkan kecekapan dan prestasi organisasi.


"Inisitif ini memberi fokus kepada pelaksanaan waktu kerja anjal serta cuti penjagaan bagi menyokong keperluan keluarga dan kesejahteraan pekerja.

"Ia mengambil contoh model Parents At Work dari Australia yang tidak hanya tertumpu kepada keperluan wanita, sebaliknya merangkumi semua pekerja kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab penjagaan dalam kehidupan mereka.


"Syarikat yang mengutamakan dasar mesra keluarga sebenarnya bukan sahaja memberi nilai tambah kepada aspek inklusiviti sosial malah turut menyumbang kepada produktiviti yang lebih baik," katanya dipetik.


November lalu, Anfaal mendedahkan bahawa konsep bekerja dari rumah yang dilaksana di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menunjukkan impak positif kepada produktiviti serta kesejahteraan pekerja wanita.


Selain itu, dapatan daripada kajian yang dijalankan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut dibentangkan dalam satu persidangan di Bali sekali gus menunjukkan pendekatan Selangor mendapat perhatian di peringkat antarabangsa

"Prinsip asas yang kita tekankan adalah majikan perlu lebih cakna dan empati terhadap keperluan pekerja kerana hakikatnya setiap individu akan melalui fasa berkaitan sektor penjagaan dalam kehidupan masing-masing," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page