top of page

PIBG diseru kukuh peranan seiring cabaran pendidikan semakin kompleks

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 19 hours ago
  • 1 min read

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memperkukuh peranannya sebagai pemacu pembentukan generasi masa depan seiring cabaran pendidikan yang semakin kompleks ketika ini.


Menurutnya, pendidikan masa kini tidak lagi tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya merangkumi pembangunan sahsiah, kemahiran berfikir serta keseimbangan emosi dan sosial murid.


"Apa yang patut kita buat adalah sama-sama membangunkan anak-anak yang diamanahkan kepada kita.


"Kita mahu mereka berilmu, bersukan dan berkesenian, tetapi yang paling penting ialah membina insan yang seimbang dari segi agama, sahsiah, ilmu dan penampilan," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dipetik.


Beliau sebelumnya hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1 pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah menegaskan, usaha membangunkan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan menyeluruh dengan penglibatan aktif semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan komuniti.


Ini kerana, kerjasama erat ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam membentuk sahsiah murid selain mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page