top of page

MTEN nafi diesel 329,000 tong dihantar ke Filipina berasal dari Malaysia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 16 hours ago
  • 1 min read

Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menafikan dakwaan bahawa penghantaran 329,000 tong diesel yang dilaporkan media Filipina berasal dari Malaysia.


Dalam satu kenyataan, MTEN memaklumkan bahawa semakan awal telah dibuat dan mendapati bekalan diesel berkenaan bukan daripada sumber negara ini.


"Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia. Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal daripada Malaysia," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Laporan media Malaysia berkenaan diesel
Laporan media Malaysia berkenaan diesel

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk kepada sumber rasmi kerajaan," katanya lagi.


Semalam media melaporkan kira-kira 329,000 tong, atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke Filipina, bagi menambah bekalan bahan api negara itu yang menghadapi kekurangan serius sejak dua minggu lalu.


Menurut media, ketibaan terkini diesel yang diperoleh kerajaan itu menyusuli penghantaran pertama sebanyak 142,000 tong, atau 22.578 juta liter, dari Jepun pada 26 Mac lalu.


Hal itu selaras dengan arahan Presiden Ferdinand Marcos Jr di bawah Perintah Eksekutif 110 bagi memastikan bekalan minyak yang stabil dan mencukupi dalam keadaan ketidaktentuan pasaran luar yang meningkat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page