top of page

KPM ambil tindakan segera selesai isu di SK Balaban Jaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 13
  • 1 min read
Murid SK Balaban Jaya terpaksa menggunakan khemah dan koridor masjid meneruskan sesi pembelajaran
Murid SK Balaban Jaya terpaksa menggunakan khemah dan koridor masjid meneruskan sesi pembelajaran

Tindakan segera bakal dilaksana bagi menangani isu akses pendidikan yang berbangkit di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran di Sabah.


Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan segera termasuk memindahkan murid terbabit secara sementara ke SK Pekan Beluran bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.


Selain itu, pihaknya juga bakal menyediakan kemudahan pengangkutan membawa murid ke sekolah berkenaan bagi memastikan ibu bapa pelajar tidak terbeban.


"Kerja naik taraf di SK Sungai Nangka juga akan dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan penyuraian murid sementara menunggu pembinaan baharu SK Balaban Jaya," kata KPM dalam kenyataan pada Ahad.


Terdahulu media melaporkan, sebahagian struktur SK Balaban Jaya rosak akibat pergerakan tanah dan cerun menjadikan sekolah terbabit berada dalam keadaan tidak selamat sehingga menyebabkan pelajar terpaksa menerusikan sesi pembelajaran di dalam khemah dan koridor masjid.


Isu tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian mengeluarkan arahan suapaya Kementerian Pendidikan Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelesaian segera dilaksanakan.


Sementara itu, KPM memaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sudah melaksana beberapa sesi libat urus (SLU) bersama-sama dengan pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan penyelesaian.


Kementerian itu turut menegaskan, ia bertanggungjawab penuh memastikan keperluan pendidikan untuk semua murid terjejas di SK Balaban Jaya terpelihara serta pada masa sama aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah diberi perhatian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page