top of page

Berita


Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, DS Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM. Foto: Facebook Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2026, selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ras

Suara Keadilan
Apr 251 min read
Â
Â


Fokus tiga strategi utama gelombang kedua krisis tenaga global
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga strategi utama bagi menghadapi gelombang kedua krisis tenaga dunia yang dijangka memberi kesan kepada rantaian bekalan antarabangsa serta harga barangan di pasaran tempatan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) berkata pendekatan berkenaan merangkumi usaha memastikan bekalan keperluan asas rakyat sentiasa mencukupi, memanjangkan tempoh bekalan melalui pengurusan dan pengagihan sumber secara berhemat serta menge

Suara Keadilan
Apr 252 min read
Â
Â


Kecemerlangan berteras nilai: Tolak budaya TikTok baca dua minit, terus menghukum
DS Anwar berucap di hadapan kira-kira 1,000 kakitangan dan guru pelatih di IPGTI, Johor Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan membentuk masyarakat berteraskan nilai, akhlak dan kecemerlangan dalam usaha melonjakkan masa depan negara, khususnya melalui peranan generasi muda dan institusi pendidikan. Berucap pada sesi ramah mesra di Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim (IPGTI) semalam, beliau berkata Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati deng

Hasbul Ahmad
Apr 253 min read
Â
Â


Tiada pembangunan Hutan Ayer Hitam, tanah 168 ekar bukan hutan simpan
Dakwaan kononnya Kerajaan Negeri meluluskan pembangunan di kawasan berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor adalah tidak berasas dan disebarkan untuk tujuan politik murahan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, penjelasan telah diberikan selepas pihaknya menerima kunjungan wakil penduduk dari kawasan Puchong yang hadir mendapatkan penerangan berhubung status tanah seluas 168 ekar di Permatang Kumbang, Pusat Bandar Puchong. "Pertama, tanah se

Helmi Mohd Foad
Apr 252 min read
Â
Â


1,227 Jualan Rahmah MADANI dilaksana di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor sudah melaksana 1,227 program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negeri setakat 15 April tahun ini. Exco Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Rizam Ismail berkata, program tersebut merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup, dan ia akan ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memperluas manfaat kepada rakyat. Selain program jualan itu, Kerajaan Negeri menerusi Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHI

Suara Keadilan
Apr 251 min read
Â
Â


Golongan muda cakna geopolitik, realiti semasa - PM
DS Anwar dalam sesi dalam dialog pada program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim, Johor Golongan muda diseru supaya cakna terhadap perkembangan geopolitik dan memahami realiti semasa kerana ia memberi kesan langsung kepada negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata asas pengetahuan geopolitik penting sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan krisis global yang semakin mencabar ketika ini. "Sit

Suara Keadilan
Apr 251 min read
Â
Â


Dasar Biodiesel negara disemak selari hala tuju peralihan tenaga
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang memperhalusi dan menyemak semula Dasar Biobahan Api Negara. Langkah strategik itu bertujuan memperkukuh jaminan keselamatan tenaga Malaysia menerusi pemanfaatan sumber biojisim dan ekonomi kitaran, sekali gus memastikan produk biobahan api tempatan kekal kompetitif di peringkat global selari dengan hala tuju peralihan tenaga serta komitmen negara mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. "Semakan itu juga adalah sebahagi

Azuan Ab Rahman
Apr 252 min read
Â
Â


Budaya politik fitnah tidak layak dipertahankan - AMK P Pinang
Keputusan mahkamah menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad disifatkan sebagai bukti jelas bahawa politik berasaskan fitnah tidak layak dipertahankan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal (gambar) berkata begitu sebagai mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat yang mengekalkan perintah supaya pemimpin Pas itu membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP susulan kenyataan fitnah mengaitkan mereka mempunyai

Redzuan Shamsudin
Apr 252 min read
Â
Â


Penyelaras Parlimen Hulu Selangor tekad sediakan rawatan kesihatan percuma
Dr Sathia (tengah) dalam majlis serahan barang kesihatan kepada Pertubuhan Kebajikan Bonda Juwanda Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan menzahirkan iltizam berterusan untuk memastikan tiada seorang pun dalam kalangan masyarakat tercicir daripada akses kepada rawatan kesihatan, dengan menawarkan khidmat perubatan secara percuma khusus kepada mereka yang memerlukan. Katanya, hasrat untuk menyediakan rawatan kesihatan secara percuma bukan sekadar impian

Akmal Manaf
Apr 242 min read
Â
Â


Fitnah DAP: MP Pas gagal rayuan, mahkamah kekal denda RM750,000
Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad dari Pas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan berhubung kes saman fitnah yang difailkan veteran DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara menolak rayuan tersebut selepas mendapati ia tidak mempunyai merit, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini memerintah

Suara Keadilan
Apr 242 min read
Â
Â


Kaitkan AMANAH dakwaan kes salah guna zakat: Laporan polis akan dibuat
Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun Facebook yang didakwa menyebarkan fitnah dengan mengaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes NGO didakwa salah guna dana zakat baru-baru ini. Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, hantaran itu jelas merupakan fitnah dan menghasut rakyat terutama orang Melayu untuk membenci AMAN

Akmal Manaf
Apr 241 min read
Â
Â


Pasaran modal Malaysia melonjak ke paras tertinggi RM4.3 trilion
Pasaran modal Malaysia terus mempamerkan daya tahan kukuh apabila mencatat pertumbuhan 3.2%, sekali gus melonjak ke paras tertinggi RM4.3 trilion pada 2025 berbanding RM4.2 trilion tahun sebelumnya, didorong peningkatan terbitan bon korporat dan aliran masuk dana yang semakin rancak. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi, pasaran modal Malaysia kekal menunjukkan daya tahan meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang tidak menentu. Sela

Akmal Manaf
Apr 242 min read
Â
Â


Larangan pernerbitan: KDN hormat kebebasan berkarya, ambil kira pandangan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dan menilai semula Perintah Larangan terhadap hasil penerbitan yang telah diwartakan dengan mengambil kira pandangan serta cadangan dikemukakan pihak berkepentingan. Menerusi satu kenyataan, KDN menyeru semua pihak agar memberikan ruang sewajarnya kepada kementerian untuk mengurus dan menangani perkara berkenaan dengan sebaiknya. Katanya, ia adalah demi memastikan keseimbangan antara kebebasan berkarya dan kepentingan kesela

Akmal Manaf
Apr 241 min read
Â
Â


Tuisyen Rakyat Selangor manfaatkan 160,000 pelajar bermula Mei
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2026 akan bermula bulan hadapan di seluruh sekolah di negeri ini, dengan seramai 160,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima dijangka menerima manfaat menerusi penyediaan lapan modul pembelajaran baharu. Ketua Yayasan Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebagai persediaan pelaksanaan program itu, sesi penyerahan modul PTRS kepada semua sekolah sedang dilaksanakan minggu ini mengikut penyelarasan Pejabat

Helmi Mohd Foad
Apr 241 min read
Â
Â


Inisiatif foodbank sayur percuma: Kekuatan masyarakat majmuk di Pandan
Edaran sayur percuma mendapat sambutan masyarakat parlimen Pandan Pusat Khidmat Parlimen Pandan bersama Pasukan Cabang KEADILAN Pandan terus menggerakkan inisiatif edaran foodbank sayur-sayuran sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat. Program ini mencerminkan kekuatan sebenar masyarakat Pandan, sebuah komuniti majmuk yang sentiasa bersatu, saling membantu tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang. Setiausaha Pengelola KEADILAN Pandan, Kok

Suara Keadilan
Apr 242 min read
Â
Â


Ketua AMK Johor ziarah mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa
Faezuddin (kanan) menziarahi mangsa kebakaran untuk menyerahkan sumbangan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad menziarahi mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa pagi ini bagi menyampaikan sumbangan dan sokongan kepada keluarga terjejas. Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa selain menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang sedang berdepan ujian. "Pagi ini menziarahi mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa serta menyampaika

Redzuan Shamsudin
Apr 241 min read
Â
Â


RS-2 dirangka bagi hadapi ketegangan geopolitik, krisis global - MB Selangor
Situasi semasa termasuk ketegangan geopolitik di Asia Barat serta krisis tenaga global memerlukan Selangor mengambil pendekatan baharu yang lebih berdaya tahan dan adaptif. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, sehubungan itu kerangka Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bagi tempoh lima tahun akan datang bakal akan direncana dengan mengambil kira usaha menangani situasi yang memberi impak kepada ekonomi. "Di antara pendekatan baharu yang diambil dalam RS-2 ia

Suara Keadilan
Apr 241 min read
Â
Â


Wujud mekanisme tetap Parlimen Asia sokong perjuangan Palestin
Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) mencadangkan mekanisme operasi tetap dalam kalangan Parlimen Asia wajar diwujudkan Langkah tersebut jelasnya bagi membolehkan tindakan lebih pantas, terselaras dan berterusan digerakkan untuk menyokong perjuangan Palestin. "Walaupun sokongan terhadap Palestin di seluruh Asia kekal kukuh, kekurangan penyelarasan masih menjadi kekangan utama kepada respons kolektif yang berkesan, khususnya ketika krisis

Suara Keadilan
Apr 242 min read
Â
Â


Jangan hukum keseluruhan institusi zakat kerana satu kes disiasat - YADIM
Masyarakat digesa supaya tidak terburu-buru menghukum keseluruhan institusi zakat hanya disebabkan satu kes yang membabitkan individu tertentu. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar), berkata adalah tidak wajar untuk membiarkan satu insiden menenggelamkan sumbangan besar yang sudah dilaksanakan secara konsisten oleh majoriti institusi zakat di negara ini. "Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui program pembangunan

Azuan Ab Rahman
Apr 241 min read
Â
Â


KPM giat perkukuh budaya membaca - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat menerusi pelbagai inisiatif sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Cipta Sedunia 2026. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan menyemarakkan budaya membaca, khususnya dalam kalangan generasi muda, selain menghargai sumbangan penulis dan pengkarya tempatan. "Pertama adalah soal budaya membaca, penekanan itu sangat penting kepada gen

Suara Keadilan
Apr 241 min read
Â
Â
bottom of page
