top of page

Jangan hukum keseluruhan institusi zakat kerana satu kes disiasat - YADIM

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 days ago
  • 1 min read

Masyarakat digesa supaya tidak terburu-buru menghukum keseluruhan institusi zakat hanya disebabkan satu kes yang membabitkan individu tertentu.


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar), berkata adalah tidak wajar untuk membiarkan satu insiden menenggelamkan sumbangan besar yang sudah dilaksanakan secara konsisten oleh majoriti institusi zakat di negara ini.

"Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui program pembangunan usahawan asnaf melahirkan ramai penerima zakat yang berjaya membina perniagaan sendiri dalam bidang makanan dan perkhidmatan.


"Kejayaan itu membolehkan golongan terbabit keluar daripada kategori asnaf dan kembali menyumbang sebagai pembayar zakat," katanya dalam kenyataan.


Media pada Rabu melaporkan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.


Siasatan SPRM menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO berkenaan adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan.


Sementara itu menerusi kenyataan sama Dr Hasan Bahrom menegaskan, YADIM memandang serius isu penyelewengan dana zakat baru-baru ini dan menegaskan pengkhianatan terhadap amanah umat tidak boleh di kompromi.


Namun semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus, bebas serta profesional.


"Sebarang perlakuan penyelewengan, pecah amanah atau salah guna dana zakat perlu disiasat dan diambil tindakan mengikut undang-undang tanpa sebarang pengecualian.

"YADIM yakin kerajaan MADANI tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam salah laku sedemikian," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page