top of page

1,227 Jualan Rahmah MADANI dilaksana di Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor sudah melaksana 1,227 program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negeri setakat 15 April tahun ini.


Exco Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Rizam Ismail berkata, program tersebut merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup, dan ia akan ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memperluas manfaat kepada rakyat.


Selain program jualan itu, Kerajaan Negeri menerusi Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) turut menganjurkan siri Jualan Rumpun Selangor.


Selain membantu memasarkan produk usahawan terus kepada pengguna dengan harga lebih berpatutan, ia sebahagian usaha merintis sistem rantaian bekalan produk usahawan koperasi.


"Gerakan koperasi di Selangor turut diperkasa bagi meningkatkan pendapatan rakyat, memandangkan model perniagaan koperasi ini adalah secara perkongsian ahli-ahlinya, yang mana pada akhirnya keuntungan dijana dapat meningkatkan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.


"Ke arah merintis pembangunan sistem rantaian bekalan produk pertanian dan perikanan koperasi, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM3 juta bagi pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani Koperasi Negeri Selangor di Sabak Bernam yang akan dibangunkan KOHIJRAH," katanya dipetik pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).


Dalam memperkukuh budaya pematuhan undang-undang perniagaan dan melindungi hak pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor juga jelasnya sudah melaksanakan program Pasar Patuh.


Dua pasar telah dikategorikan sebagai Pasar Patuh di Selangor iaitu di Pasar Awam Dengkil dan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, manakala tujuh kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta lokasi tumpuan pelancongan turut dikenal pasti sebagai Program Patuh dan zon tumpuan pelancongan Patuh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page