Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2026, selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
Menurut beliau, cadangan pelantikan tersebut telah dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong, semalam.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkuat kuasa pada 13 Mei 2026," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, kerajaan menaruh keyakinan tinggi terhadap Abdul Halim berdasarkan pengalaman luas serta integriti beliau dalam perkhidmatan awam.
"Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara," katanya lagi.
Utuk rekod, Abdul Halim merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang kehakiman, khususnya mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.




Comments