top of page

KPM giat perkukuh budaya membaca - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 24
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat menerusi pelbagai inisiatif sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Cipta Sedunia 2026.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan menyemarakkan budaya membaca, khususnya dalam kalangan generasi muda, selain menghargai sumbangan penulis dan pengkarya tempatan.


"Pertama adalah soal budaya membaca, penekanan itu sangat penting kepada generasi muda. Kedua adalah melindungi penulis dan pengkarya yang telah mencurahkan idea dan tenaga untuk menghasilkan karya-karya yang sangat penting untuk negara dan bangsa.


"Yang ketiga adalah inisiatif-inisiatif berterusan yang harus kita terus beri perhatian untuk terus memastikan bahawa negara ini dibina asasnya adalah sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri iaitu ilmu dan bahasa," katanya dipetik ketika ditemui di Perpustakaan Kuala Lumpur pada Khamis.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, acara tersebut merupakan langkah awal ke arah pengisytiharan Malaysia sebagai ‘Kota Baca’ dengan ibu negara sebagai peneraju utama inisiatif tersebut.


"Inisiatif menyeluruh ini diharap mampu melahirkan masyarakat berilmu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pembaca yang disegani di peringkat global," jelasnya.


Sementara itu, Fadhlina turut menegaskan bahawa pembentukan ekosistem membaca perlu dipupuk sejak awal dalam institusi keluarga, dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai contoh utama kepada anak-anak.


Anak-anak jelasnya cenderung mencontohi tingkah laku ibu bapa termasuk tabiat membaca, sekali gus menjadikan rumah sebagai asas penting dalam membina budaya ilmu.


"Jadi apabila mereka melihat dalam rumah itu sendiri sudah ada bahan bacaan, buku, perpustakaan kecil, jadi saya sangat percaya budaya itu boleh terus diwujudkan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page