top of page

Larangan pernerbitan: KDN hormat kebebasan berkarya, ambil kira pandangan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dan menilai semula Perintah Larangan terhadap hasil penerbitan yang telah diwartakan dengan mengambil kira pandangan serta cadangan dikemukakan pihak berkepentingan.


Menerusi satu kenyataan, KDN menyeru semua pihak agar memberikan ruang sewajarnya kepada kementerian untuk mengurus dan menangani perkara berkenaan dengan sebaiknya.


Katanya, ia adalah demi memastikan keseimbangan antara kebebasan berkarya dan kepentingan keselamatan awam terus terpelihara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, tanggungjawab dan kesejahteraan bersama.


"KDN sentiasa menghormati dan mengalu-alukan kebebasan berkarya serta wacana ilmiah, dan menghargai perkembangan kreativiti penulisan dalam negara.


"Namun demikian, sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, KDN menegaskan bahawa setiap penerbitan perlu mematuhi peruntukan undang-undang serta tidak mengandungi unsur yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat," maklum kenyataan itu.


KDN dan ahli Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) telah mengadakan sesi libat urus pada 21 April lalu bagi membincangkan isu berkaitan industri penerbitan di Malaysia.


Selaras dengan hasil perbincangan dalam sesi libat urus yang diadakan, KDN memaklumkan pihaknya akan memperkukuh pendekatan sedia ada dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama mana-mana penerbit yang terlibat, sebelum sebarang tindakan dikenakan terhadap hasil penerbitan mereka.


Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan bagi memastikan proses yang lebih telus dan konstruktif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page