top of page

Golongan muda cakna geopolitik, realiti semasa - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 25
  • 1 min read
DS Anwar dalam sesi dalam dialog pada program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim, Johor
DS Anwar dalam sesi dalam dialog pada program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim, Johor

Golongan muda diseru supaya cakna terhadap perkembangan geopolitik dan memahami realiti semasa kerana ia memberi kesan langsung kepada negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata asas pengetahuan geopolitik penting sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan krisis global yang semakin mencabar ketika ini.


"Situasi tidak menentu ketika ini menuntut rakyat khususnya generasi muda untuk lebih peka dan berpengetahuan, agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang tersebar di media sosial.


"Anak-anak muda perlu faham fakta serta realiti semasa, dan tidak hanya bergantung kepada maklumat singkat tanpa penelitian," katanya dipetik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata begitu dalam sesi dialog pada program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim, di Johor Bahru pada Jumaat.


Pada acara tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi meningkatkan kemudahan asas di IPG tersebut.


beliau turut memaklumkan,sebarang keperluan tambahan lain akan diperincikan menerusi perbincangan lanjut bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page