Ketua AMK Johor ziarah mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa
- Redzuan Shamsudin

- 3 hours ago
- 1 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad menziarahi mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa pagi ini bagi menyampaikan sumbangan dan sokongan kepada keluarga terjejas.
Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa selain menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang sedang berdepan ujian.
"Pagi ini menziarahi mangsa kebakaran di Taman Puteri Wangsa serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka," katanya dalam muat naik di media sosial.
Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi berkenaan.
"Semoga mereka sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini," katanya.




Comments