top of page

Berita


Exco Pahang menang saman, mahkamah kekal perintah "Datuk Tony" bayar RM1.2 juta
Bryan Ng (tengah) mewakili Chon Siang (kanan) dalam sidang media semalam di Kuala Lumpur Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Sim Chon Siang menggesa seorang pempengaruh dikenali sebagai "Datuk Tony" agar bertanggungjawab melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes saman fitnah terhadapnya. Ia susulan keputusan mahkamah pada 9 April lalu yang menolak permohonan defendan untuk mengetepikan keputusan penghakiman pada 5 November tahun lepas berkaitan saman

Helmi Mohd Foad
Apr 282 min read
Â
Â


Jangan ulang kerajaan 'tebuk atap', ingat ketidakstabilan Langkah Sheraton
Tindakan untuk mengulang pembentukan kerajaan 'tebuk atap' sebagaimana pada 2020 lalu wajar ditentang oleh semua pihak, terutama rakyat yang mengundi untuk kestabilan politik pada pilihanraya lalu. Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad (gambar), budaya politik tebuk atap tidak wajar diterima kerana mencabul mandat rakyat serta menjejaskan kepercayaan terhadap sistem demokrasi negara. "Rakyat keluar mengundi untuk memilih kerajaan melalui peti undi, bu

Redzuan Shamsudin
Apr 282 min read
Â
Â


AMK Selangor berdiri teguh di belakang institusi diraja
Sebarang bentuk penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja dianggap perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menegaskan, sebarang perbuatan menghina institusi tersebut dianggap sengaja mencabar keharmonian dan kestabilan negeri. "Tindakan menyentuh isu sensitif 3R (Race, Religion, Royalty) bukan sahaja melampaui batas adab dan tatasusila tetapi juga berpotensi mencetuskan ketegangan kaum. "Oleh itu AMK Selangor menuntut Polis Diraja

Azuan Ab Rahman
Apr 281 min read
Â
Â


AMANAH tidak terlibat isu salah guna dana zakat - Faiz Fadzil
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terlibat dalam kes salah guna dana zakat yang kini berada di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata perkara itu merupakan antara ketetapan utama yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti yang diadakan malam tadi. "AMANAH tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes salah guna dana zakat yang sedang disiasat SPRM. "AMANAH

Helmi Mohd Foad
Apr 281 min read
Â
Â


AMANAH beri sokongan padu MB Aminuddin terus tugas teraju N Sembilan
Parti Amanah Negara (AMANAH) terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk menerajui pentadbiran negeri di tengah kemelut politik yang tercetus susulan tindakan Barisan Nasional (BN) keluar daripada kerajaan. Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman (gambar) berkata, tindakan dilakukan 14 wakil rakyat BN itu memeranjatkan memandangkan parti tersebut dan Pakatan Harapan memasuki Pilihan Raya Umum Nege

Helmi Mohd Foad
Apr 282 min read
Â
Â


Pemimpin tempatan Batang Kali kecam penghinaan terhadap Sultan Selangor
Pemimpin tempatan DUN Batang Kali menyuarakan rasa kesal terhadap penghinaan institusi diraja Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali bersama Ahli Majlis serta ketua-ketua kampung sekitar kawasan itu tampil membuat laporan polis membantah penghinaan terhadap institusi diraja Selangor. Wakil kumpulan itu, Shah Ikram Idris berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk provokasi atau kenyataan biadab yang menyentuh kedaulatan institusi diraja terutama Duli Yang Maha

Redzuan Shamsudin
Apr 281 min read
Â
Â


Kerajaan Negeri komited tangani gejala 'sindrom gajet' - MB Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor komited mencari jalan untuk menangani gejala penggunaan peranti digital secara berlebihan atau ‘sindrom gajet’ yang semakin meningkat dan membimbangkan, khususnya melibatkan kanak-kanak dan pelajar. Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amiruddin Shari (gambar) berkata, sehubungan itu Kerajaan Negeri bakal mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat asuhan bagi membincangkan isu penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. "Perbincangan ini penting memandangk

Suara Keadilan
Apr 281 min read
Â
Â


Abang Minyak Hitam Jalanan, Dicky diiktiraf Sahabat Perpaduan MADANI
Mohd Yusof (kiri), Yuneswaran dan Dicky selepas diberi pengiktirafan khas Sahabat Perpaduan MADANI Sikap ikhlas ditonjolkan individu dikenali sebagai 'Abang Minyak Hitam Jalanan' dan Dicky mendapat perhatian Kementerian Perpaduan Negara apabila mereka berdua menerima pengiktirafan khas Sahabat Perpaduan MADANI. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, kisah tular melibatkan Mohd Yusof Mohd Noor membantu Dicky selepas motosikalnya rosak membuktikan nilai

Azuan Ab Rahman
Apr 281 min read
Â
Â


AMK kecam hantaran hina Sultan Selangor, gesa tindakan tegas
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan sebuah akaun media sosial yang memuat naik imej bersifat menghina terhadap institusi diraja Selangor yang disifatkan sebagai biadab dan berbahaya kepada keharmonian negara. Naib Ketua AMK Malaysia, Nabil Halimi (gambar) berkata, tindakan memaparkan imej seekor khinzir berpakaian istiadat diraja yang dikaitkan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan satu penghinaan serius dan melampau. "Saya mengecam sekeras-kerasnya tindak

Suara Keadilan
Apr 271 min read
Â
Â


Hanya undi percaya, keputusan Yang di-Pertuan Besar boleh ganti MB
Anthony Loke (kanan) menegaskan MB hanya boleh ditukar dengan dua cara dalam sidang media petang ini Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, sebarang usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan perlu melalui proses yang sah mengikut Perlembagaan negeri, bukannya dibuat secara sewenang-wenangnya atau melalui tekanan politik. Beliau berkata, pertukaran itu hanya boleh berlaku sama ada menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN

Akmal Manaf
Apr 271 min read
Â
Â


BN diharap hormat perjanjian kekal kerajaan hingga tamat penggal
Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diharap dapat menghormati perjanjian penubuhan kerajaan perpaduan yang menetapkan ia kekal sehingga tamat penggal, demikian kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar). Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, keputusan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 itu adalah bagi memastikan kestabilan politik setelah tiada gabungan politik memperoleh majoriti. "Persetujuan Kerajaan Perpaduan adalah mewujudkan kerajaan

Helmi Mohd Foad
Apr 271 min read
Â
Â


MB panggil mesyuarat tergempar, PH N Sembilan bincang krisis politik
Susulan penarikan sokongan UMNO Negeri Sembilan ke atas pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar), satu mesyuarat tergempar dipanggil oleh MB pada petang ini bagi membincangkan langkah seterusnya menghadapi kemelut politik di negeri berkenaan. Menurut sumber, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri mengarahkan kesemua 17 ADUN gabungan itu menghadiri mesyuarat di kediaman rasminya pada jam 3 petang. Langkah itu dilihat

Suara Keadilan
Apr 271 min read
Â
Â


Program Outreach Sejahtera MADANI salur RM218,000 kepada peserta di Kota Tinggi
Geran Sejahtera MADANI disampaikan terus kepada penerima bagi program memperkasa rakyat Program outreach di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila sejumlah RM218,694 disalurkan kepada peserta di Daerah Kota Tinggi, Johor. Program anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri itu dilaksanakan bersama Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Mohd Khalid Abdul Samad. Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim berkata

Suara Keadilan
Apr 271 min read
Â
Â


Kisah anak muda kutip sampah cari rezeki halal wajar jadi inspirasi - Dr Zulkifli
Sikap tidak memilih pekerjaan Saudara Wan Othman dipuji banyak pihak, termasuk Menteri Agama Kisah kegigihan seorang anak muda dari Kuantan, Pahang yang sanggup melakukan dua pekerjaan demi keluarga mendapat perhatian dan pujian ramai, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata, kisah Wan Othman Mohd Nur Hasyim, 23, yang bertugas mengutip sampah wajar dijadikan contoh kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam

Redzuan Shamsudin
Apr 271 min read
Â
Â


Isu integriti: Kerajaan harus bertindak seiring harapan rakyat - Kasturi
Tuntutan generasi muda terhadap ketelusan dan integriti institusi kini semakin lantang, sekali gus memerlukan kerajaan memikirkan langkah lebih drastik, termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menyelesaikan kemelut sesuatu isu serius. Exco Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat, Karen Kasturi (gambar) berkata, penubuhan RCI boleh memastikan ketelusan, memulihkan keyakinan dan menunjukkan bahawa tiada institusi yang terkecuali daripada penelitian bebas. "Gag

Akmal Manaf
Apr 272 min read
Â
Â


Ceramah kelompok DUN Bukit Batu: KEADILAN Johor perkukuh akar umbi
Pengerusi MPN Johor DS Dr Zaliha memberi penerangan isu semasa dalam ceramah kelompok KEADILAN Johor terus mempergiat usaha memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi menerusi penganjuran siri ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, kelmarin. Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, program itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan parti untuk mendekati rakyat serta menyampaikan aspirasi perjuangan secara langsung. Men

Redzuan Shamsudin
Apr 271 min read
Â
Â


Konflik Asia Barat: Kerajaan suntik RM15 bilion untuk lindungi sektor PMKS
Suntikan dana sekurang-kurangnya RM15 bilion disalurkan oleh Kerajaan MADANI ke dalam pasaran bagi melindungi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada kesan konflik di Asia Barat. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah yang dilaksana itu penting bagi memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing meskipun berdepan gangguan rantaian bekalan global. Dalam masa sama jelasnya, bagi mempermudah akses pembiayaan, term

Suara Keadilan
Apr 271 min read
Â
Â


Sunting gambar biadap: Exco Selangor gesa polis ambil tindakan
Seorang Exco kerajaan Selangor mengecam hantaran di media sosial yang menyunting gambar khinzir mengenakan pakaian istiadat istana, mengaitkannya dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Sehubungan itu, Ng Sze Han (gambar) yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara mengesa pihak polis segera menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan imej itu supaya hukuman berat selaras peruntukan undang-undang dapat segera diambil. "Menyamakan m

Azuan Ab Rahman
Apr 271 min read
Â
Â


Kerajaan dijangka umum inisiatif tambahan pada sambutan Hari Pekerja
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar) menjangkakan Kerajaan akan mengumumkan beberapa inisiatif tambahan sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini. Dipetik laporan media, Ahli Parlimen Sungai Buluh itu berkata, inisiatif tersebut sebagai langkah proaktif menangani ketidaktentuan pasaran buruh susulan tekanan ekonomi global dan krisis geopolitik semasa. Inisiatif yang bakal diumumkan itu termasuk antaranya penambahbaikan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (

Suara Keadilan
Apr 271 min read
Â
Â


Kerajaan Selangor perjelas isu banjir pada sidang DUN hari ini - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan memberi penjelasan status, kemajuan dan cabaran projek tebatan banjir yang sedang dilaksana pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas bagi menangani isu banjir, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran perubahan iklim. "Kami sedar isu banjir mendapat perhatian ramai. Jadi, Kerajaan Negeri akan menjawab secara berhema

Suara Keadilan
Apr 272 min read
Â
Â
bottom of page
