Konflik Asia Barat: Kerajaan suntik RM15 bilion untuk lindungi sektor PMKS
- Suara Keadilan

- Apr 27
- 1 min read

Suntikan dana sekurang-kurangnya RM15 bilion disalurkan oleh Kerajaan MADANI ke dalam pasaran bagi melindungi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada kesan konflik di Asia Barat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah yang dilaksana itu penting bagi memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing meskipun berdepan gangguan rantaian bekalan global.
Dalam masa sama jelasnya, bagi mempermudah akses pembiayaan, termasuk skim penjadualan semula hutang kepada syarikat yang berdepan masalah aliran tunai, kementeriannya juga giat mengadakan sesi libat urus bersama 16 pengurusan tertinggi bank
"Kita sedang giat menjalankan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh termasuk persatuan yang mewakili PMKS, penjaja serta pemain industri bagi memahami kesan sebenar dan merangka penyelesaian terbaik.
"Kita perlu kenal pasti dahulu di mana tekanan dihadapi sebelum menyediakan intervensi yang sesuai. Antara strategi yang dirangka termasuk inisiatif ‘Power Up 10K’ di mana KUSKOP akan menyalurkan sekurang-kurangnya RM15 bilion ke dalam pasaran tahun ini," katanya dipetik.
Steven Sim ditemui selepas menghadiri Program Jualan MADANI Koperasi & Usahawan 2026 DUN Bertam, di Penaga, Pulau Pinang semalam.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan strategi kepelbagaian pasaran ke rantau kurang berisiko seperti Asia Tenggara dan Afrika kini menjadi keutamaan kerajaan.
Strategi tersebut jelasnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada wilayah yang sedang berkonflik.




Comments