top of page

Hanya undi percaya, keputusan Yang di-Pertuan Besar boleh ganti MB

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Anthony Loke (kanan) menegaskan MB hanya boleh ditukar dengan dua cara dalam sidang media petang ini
Anthony Loke (kanan) menegaskan MB hanya boleh ditukar dengan dua cara dalam sidang media petang ini

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, sebarang usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan perlu melalui proses yang sah mengikut Perlembagaan negeri, bukannya dibuat secara sewenang-wenangnya atau melalui tekanan politik.


Beliau berkata, pertukaran itu hanya boleh berlaku sama ada menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang meminta jawatan berkenaan dikosongkan.


"Bagi kita kedudukan Menteri Besar hanya boleh ditukar melalui dua cara. Ada dua 'precedent' (kes duluan), pertama dia boleh digugurkan jawatan melalui usul atau undian dalam DUN, iaitu kalau usul undi percaya tak diluluskan (kalah pengundian).


"Sama ada kita setuju atau tidak, iaitu perkara (yang) berlaku di Perak (2009), apabila ada ADUN tarik sokongan dia pergi jumpa Tuanku, kalau Tuanku perkenan lantik Menteri Besar baharu, maka kedudukan (Menteri Besar sedia ada) akan tergugat," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini yang turut dihadiri Datuk Seri Aminuddin Harun dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.


Dalam pada itu, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Aminuddin yang juga ADUN Sikamat untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri meskipun sebagai kerajaan minoriti.


Loke berkata, pihaknya menolak sebarang cubaan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.


"Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan ini bukan ditubuhkan selepas pilihan raya, kita ada persefahaman sebelum pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini kerana PRN diadakan pada Ogos 2023 iaitu selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk di peringkat Persekutuan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page