top of page

MB panggil mesyuarat tergempar, PH N Sembilan bincang krisis politik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 27
1 min read

Susulan penarikan sokongan UMNO Negeri Sembilan ke atas pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar), satu mesyuarat tergempar dipanggil oleh MB pada petang ini bagi membincangkan langkah seterusnya menghadapi kemelut politik di negeri berkenaan.


Menurut sumber, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri mengarahkan kesemua 17 ADUN gabungan itu menghadiri mesyuarat di kediaman rasminya pada jam 3 petang.


Langkah itu dilihat sebagai usaha segera PH menyusun strategi bagi menghadapi perkembangan terkini yang menggugat kedudukan Kerajaan Negeri.


Dalam perkembangan berkaitan, DAP Negeri Sembilan dijangka mengadakan mesyuarat berasingan pada jam 2 petang sebelum menyertai perbincangan bersama Aminuddin sejam kemudian.


Terdahulu, UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias mengumumkan penarikan sokongan 14 ADUN BN terhadap kepimpinan Aminuddin.


Menurut beliau, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh semua ADUN UMNO termasuk Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga ADUN Rantau.


Susulan perkembangan berkenaan, satu surat rasmi dilaporkan akan diserahkan kepada Speaker dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, namun setakat ini belum ada pengesahan lanjut.


Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dengan majoriti mudah sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.


Ketika ini, PH memegang 17 kerusi dan merupakan blok terbesar dalam kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page