top of page

Ceramah kelompok DUN Bukit Batu: KEADILAN Johor perkukuh akar umbi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 27
  • 1 min read
Pengerusi MPN Johor DS Dr Zaliha memberi penerangan isu semasa dalam ceramah kelompok
Pengerusi MPN Johor DS Dr Zaliha memberi penerangan isu semasa dalam ceramah kelompok

KEADILAN Johor terus mempergiat usaha memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi menerusi penganjuran siri ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, kelmarin.


Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, program itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan parti untuk mendekati rakyat serta menyampaikan aspirasi perjuangan secara langsung.


Menurut beliau, ceramah tersebut menampilkan barisan pimpinan utama negeri termasuk Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Pengerusi, Ysahrudin Kusni, Setiausaha, Khuzzan Abu Bakar serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.


Ceramah kelompok dihadiri pelbagai lapisan masyarakat
Ceramah kelompok dihadiri pelbagai lapisan masyarakat

"KEADILAN Johor telah mengadakan siri Ceramah Kelompok di DUN Bukit Batu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh gerak kerja parti di peringkat akar umbi serta mendekati rakyat secara langsung," katanya dalam satu kenyataan media.


Beliau berkata, kehadiran pimpinan serta sambutan yang diberikan penduduk setempat mencerminkan komitmen berterusan parti dalam memperkasakan agenda reformasi, kestabilan politik dan kebajikan rakyat.


"Kehadiran pimpinan serta sambutan yang diberikan membuktikan komitmen berterusan KEADILAN Johor dalam memastikan agenda reformasi kestabilan politik dan kebajikan rakyat terus diperkasakan," katanya.


Tambah beliau, KEADILAN Johor optimis dengan kesatuan gerak kerja dan sokongan rakyat, parti itu mampu mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu pada masa akan datang.


"Dengan kekuatan organisasi dan sokongan rakyat, kita akan terus mara ke hadapan demi memastikan DUN Bukit Batu terus kekal dipertahankan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page