Program Outreach Sejahtera MADANI salur RM218,000 kepada peserta di Kota Tinggi
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 1 min read

Program outreach di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila sejumlah RM218,694 disalurkan kepada peserta di Daerah Kota Tinggi, Johor.
Program anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri itu dilaksanakan bersama Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Mohd Khalid Abdul Samad.
Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim berkata, inisiatif tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
"Sebanyak RM218,694 diperuntukkan kepada peserta Sejahtera MADANI di daerah ini sebagai sebahagian usaha memperkasa kesejahteraan rakyat," katanya dalam muat naik di media sosial.
Menurut beliau, pelaksanaan program outreach seperti ini penting bagi memastikan bantuan kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada golongan sasar, khususnya di peringkat komuniti.
"Alhamdulillah, MADANI terus bekerja untuk memastikan kebajikan rakyat terus dibela," katanya lagi.




Comments