top of page

Berita


Anugerah Bill Kayong diberikan kepada empat penerima
Dr Wan Azizah menyampaikan anugerah Bill Kayong kepada wakil Allahyarham Mohd Shahanaz Anugerah Bill Kayong dari Parti Keadilan Rakyat pada tahun ini diberikan kepada empat individu yang dinilai mempunyai jasa besar dalam memperkukuhkan perjuangan dan gerak kerja KEADILAN. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh

Suara Keadilan
Aug 152 min read


Fuziah seru anggota KEADILAN terus bangkit
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menyeru seluruh anggota parti supaya tidak takut kepada kegagalan, sebaliknya terus bangkit mempertahankan idealisme dan meneruskan perjuangan untuk masa depan yang lebih baik. Dalam ucapannya, Fuziah berkata perjuangan politik tidak seharusnya terhenti hanya kerana berdepan kekalahan, tekanan atau pelbagai cabaran kerana setiap ujian perlu dijadikan kekuatan untuk bangkit semula. "Jangan takut gagal kerana kita tidak

Sidiqin Omar
Aug 152 min read


“Politik teras Melayu bukan lesen pinggir Cina, India, Orang Asli”
Sebahagian perwakilan Kongres Nasional KEADILAN 2026 menyambut baik ucapan Presiden Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gagasan politik berteraskan Melayu tidak boleh dijadikan alasan untuk meminggirkan masyarakat Cina, India, Orang Asli dan golongan minoriti dalam pembinaan negara. Menurut Anwar, politik yang matang mesti mampu merangkul semua kaum sebagai sebahagian daripada bangsa Malaysia, bukannya menganggap kelompok tertentu sebagai pihak luar. "Polit

Sidiqin Omar
Aug 152 min read


KEADILAN ditubuhkan menongkah arus, bawa politik tanpa asas kaum — Anwar
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu diasaskan daripada pengalaman perjuangan yang penuh getir, termasuk menghadapi tekanan, penghinaan dan kecaman dalam usaha membawa politik Malaysia yang tidak berasaskan kaum. Menurut beliau, penubuhan KEADILAN merupakan usaha menongkah arus politik ketika gagasan parti yang tidak berteraskan kaum dilihat sukar untuk berkembang dalam landskap politik negara. "Parti ini diasaskan dari perit getir, dari dewan ke j

Suara Keadilan
Aug 152 min read


KEADILAN ditohmah liberal tetapi perjuang isu Tabung Haji - Ust Zawawi
KEADILAN yang sering dilabel sebagai parti liberal dan kononnya tidak memperjuangkan kepentingan Melayu, membuktikan sebaliknya apabila tampil mengangkat isu Tabung Haji (TH) sebagai landasan memperjuangkan kepentingan umat Islam di negara ini. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar) berkata, TH merupakan antara sumber ekonomi terbesar orang Melayu dan umat Islam dan tidak sewajarnya mengalami salah urus sehingga melibatka

Akmal Manaf
Aug 151 min read


RCI TH: AMK Perlis desak laporan polis besar-besaran
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis menuntut agar laporan polis digerakkan secara besar-besaran bagi mendesak pihak yang menyebabkan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) dihadapkan ke muka pengadilan. Ketua AMK Kangar, Khalid Imran Mas Ahmad Nasruddin berkata, langkah itu juga sebagai amaran dan ingatan kepada semua pihak bahawa institusi negara bukan milik mana-mana parti politik dan tidak boleh diperalatkan sewenangnya. "Jika terbukti bersalah, tangkap dan tuduh (mereka

Suara Keadilan
Aug 151 min read


Selangor pertahan hak, perkasakan komuniti Orang Asli
Kerajaan Selangor terus komited menangani isu tanah adat serta mempertahankan hak masyarakat Orang Asli di negeri itu. Exco Hal Ehwal Orang Asli Papparaidu Veraman (gambar) berkata, usaha itu diperkukuh menerusi kerjasama antara Kerjasama antara Kerajaan Negeri, ahli akademik, pengamal undang-undang dan kepimpinan Orang Asli Menurutnya,isu kepentingan komuniti tersebut dibincangkan pada pertemuan bersama wakil Jabatan Sains Sosial dan Pembangunan, Fakulti Ekologi, Universiti

Azuan Ab Rahman
Aug 151 min read


Berhenti jaga hati rakan politik seperti Umno - AMK Pulau Pinang
Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan. Kredit foto: FMT Pemimpin KEADILAN didesak berhenti bersikap 'people pleaser' atau terlalu menjaga hati rakan politik seperti Umno sehingga merugikan parti sendiri. Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan berkata, seluruh kepimpinan parti, daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK, hingga ke Wanita perlu lebih berani mempertahankan parti dan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Cukup-cukuplah jaga hati kawan. Hati kita, s

Suara Keadilan
Aug 151 min read


Kerjasama KEADILAN-Bersatu cuma spekulasi – Dr Fuziah
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menjalinkan kerjasama politik dengan KEADILAN. Menerusi satu sidang media bersempena Kongres KEADILAN Nasional 2026 di Melaka semalam, beliau menyifatkan desas-desus tersebut sebagai spekulasi tidak berasas. Malah menurutnya, khabar angin tersebut tidak boleh dijadikan asas kepada penjajaran politik atau bentuk kerjasama antara parti. "Spekulasi," katan

Suara Keadilan
Aug 151 min read


Penguatkuasaan tegas perlu lindungi maruah Jalur Gemilang - AKM
Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Dr Roslan Hussin. Foto kredit: AKM Jalur Gemilang merupakan lambang maruah dan identiti negara yang perlu dijaga serta dipelihara sebaik-baiknya oleh setiap rakyat Malaysia. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Dr Roslan Hussin menegaskan perlunya tindakan undang-undang yang ketat terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati bendera negara, termasuk memasangnya secara terbalik atau r

Suara Keadilan
Aug 151 min read


Bersedia hadapi penjajaran baharu, susun strategi hadapi pilihanraya
KEADILAN perlu bersedia menilai semula bentuk kerjasama politik sedia ada dan menyusun strategi baharu bagi menghadapi kemungkinan perubahan jajaran menjelang pilihan raya umum akan datang susulan pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli (gambar) berkata keputusan pilihanraya berkenaan perlu dipandang serius apabila KEADILAN kehilangan kerusi di Johor selain sebuah kerajaan negeri di

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


RCI TH: Akauntabiliti Terpinggir, Usaha Pemulihan Kurang Dihargai
Oleh: Mohd Azmi Abdul Hamid ULASAN: Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji sepatutnya menjadi detik penting untuk membersihkan sebuah institusi amanah umat Islam. Namun, perbahasan yang berlaku semakin tenggelam dalam pertarungan politik, tindakan keluar Dewan dan percubaan mempertahankan kedudukan parti. Akibatnya, persoalan paling utama semakin terpinggir: siapa yang bertanggungjawab terhadap kepincangan tersebut, bagaimana kerugia

Suara Keadilan
Aug 144 min read


Menangi semula kepercayaan rakyat, jangan tunggu pilihan raya - Rozana
KEADILAN perlu memperhebat usaha mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan rakyat dengan kembali mendekati masyarakat serta mendengar sendiri keresahan mereka bagi memperkukuhkan kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Naib Ketua Wanita KEADILAN Rozana Zainal Abidin (gambar) berkata, cabaran terbesar parti ketika ini bukan sekadar memenangi pilihanraya sebaliknya memastikan rakyat kembali yakin terhadap perjuangan serta kemampuan KEADILAN membawa perubahan. "Ca

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


KEADILAN mampu bangkit: Besarkan kelas menengah Melayu, AMK buat culaan sokongan
Nabil berucap penuh semangat di Kongres AMK 2026 Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Nabil Halimi, menyeru kepimpinan dan anggota parti supaya tidak terperangkap dengan kejayaan berada dalam kerajaan, sebaliknya terus turun ke akar umbi bagi memahami denyut nadi rakyat. Beliau berkata, persoalan utama bukan berapa ramai pemimpin KEADILAN yang kini memegang jawatan dalam kerajaan, tetapi sejauh mana mereka masih mendekati rakyat dan memahami masalah yang dihadapi. "Hari i

Suara Keadilan
Aug 144 min read


Wanita KEADILAN perlu kembali ke akar umbi, dekati rakyat - Fadhlina
Fadhlina menyampaikan menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Wanita KEADILAN Pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara perlu kembali ke akar umbi dengan mempergiat usaha mendekati rakyat bagi memahami sendiri masalah serta keperluan mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata gerak kerja bersama rakyat perlu kembali menjadi asas perjuangan parti khususnya dalam memastikan tiada golongan yang berdepan kesukaran dibiarkan tanpa perhatian dan ba

Helmi Mohd Foad
Aug 142 min read


Kongres 2026 ketengah suara veteran reformis, OKU, Orang Asal, Borneo
Datuk Dr Fuziah dalam sidang media pada tengah hari tadi Penganjuran Kongres Nasional KEADILAN 2026 kali ini tampil dengan pendekatan lebih inklusif apabila menyediakan empat slot perbahasan khas untuk golongan veteran, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asal serta wakil dari Borneo. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah berkenaan mencerminkan usaha parti memperluas ruang penyertaan dalam perbahasan dengan memberi peluang kepada pelbagai segmen keang

Akmal Manaf
Aug 141 min read


Bawa reformasi kepada rakyat, satukan parti - Generasi KeADILan
Generasi KeADILan menganjurkan Sidang Generasi KeADILan 2026 di Melaka pada 15 Ogos ini dengan tema “Tekad Reformasi, Amanat Generasi” sempena Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Air Keroh sehingga 16 Ogos. Pengerusi Generasi KeADILan, Yusmadi Yusoff (gambar) berkata, pertubuhan itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kegigihan beliau memimpin Kerajaan MADANI, membela kepentingan rakyat d

Suara Keadilan
Aug 142 min read


Helikopter AW189 kukuh benteng maritim negara hadapi cabaran keselamatan
DS Saifuddin di Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang Keupayaan Malaysia mengawal perairan negara termasuk di Laut China Selatan diperkukuh dengan penerimaan helikopter Medium Lift AW189 oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika persekitaran keselamatan serantau semakin kompleks. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemodenan aset udara menjadi semakin penting memandangkan Ma

Suara Keadilan
Aug 143 min read


Perkukuh jentera, tumpu pengundi wanita, terangkan isu Tabung Haji
Jentera parti perlu diperkukuh dan gerak kerja pilihanraya, khususnya kepada pengundi wanita harus dilakukan mulai sekarang sama ada untuk menghadapi pilihan raya umum ke 16 atau Pilihan Raya Negeri Melaka pada hujung tahun ini. Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar), Melaka merupakan negeri penting kepada KEADILAN dan seluruh kekuatan parti perlu digerakkan bagi memastikan persiapan pilihanraya dibuat secara optimum. "Negeri Melaka sangat penting untuk kita.

Suara Keadilan
Aug 142 min read


Jangan wujud ‘parti dalam parti’, beri lebih peranan kepada anak muda
Nurul Izzah memberi ucapan perasmian penuh makna di MITC, Air Keroh, Melaka Kepimpinan dan anggota parti tidak wajar membiarkan pertelingkahan dalaman menjejaskan usaha memenangi hati rakyat, termasuk mengelakkan kewujudan “parti dalam parti”. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kekuatan organisasi tidak akan terbina sekiranya berlaku perebutan pengaruh dalam parti. "Kita tidak jadi kuat kalau wujud parti dalam parti. Dua nakhoda mengemudi satu kapal atau w

Suara Keadilan
Aug 144 min read
bottom of page
