Penguatkuasaan tegas perlu lindungi maruah Jalur Gemilang - AKM
- Suara Keadilan

- 9 hours ago
- 1 min read

Jalur Gemilang merupakan lambang maruah dan identiti negara yang perlu dijaga serta dipelihara sebaik-baiknya oleh setiap rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Dr Roslan Hussin menegaskan perlunya tindakan undang-undang yang ketat terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati bendera negara, termasuk memasangnya secara terbalik atau rosak.
"Setiap komponen pada bendera kebangsaan perlu diberikan perhatian, sama ada dalam bentuk cetakan, sulaman atau apa-apa medium paparan," katanya.
Beliau ditemui pada sidang media Program Khas Aku Kasih Malaysia: Kesejahteraan Dinikmati, di Putrajaya pada Jumaat.
Dr Roslan sementara itu berpandangan, tindakan berbentuk amaran atau denda masih belum mencukupi untuk membendung kesalahan berkenaan.
Justeru ketegasan undang-undang perlu seiring dengan usaha advokasi dan pendidikan, terutama ketika setiap negara semakin menitikberatkan nilai kenegaraan masing-masing.
"AKM sentiasa memberikan penerangan dan pendidikan mengenai tatacara penggunaan Jalur Gemilang, namun usaha itu perlu disokong penguatkuasaan berkesan oleh pihak berkuasa.
"Sekiranya penguatkuasaan dipandang sepi, perkara ini akan terus berulang dari semasa ke semasa," tambahnya.




Comments