Selangor pertahan hak, perkasakan komuniti Orang Asli
- Azuan Ab Rahman

- 9 hours ago
- 1 min read

Kerajaan Selangor terus komited menangani isu tanah adat serta mempertahankan hak masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Exco Hal Ehwal Orang Asli Papparaidu Veraman (gambar) berkata, usaha itu diperkukuh menerusi kerjasama antara Kerjasama antara Kerajaan Negeri, ahli akademik, pengamal undang-undang dan kepimpinan Orang Asli
Menurutnya,isu kepentingan komuniti tersebut dibincangkan pada pertemuan bersama wakil Jabatan Sains Sosial dan Pembangunan, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Sarjit Singh dan peguam Bah Tony Amani William baru-baru ini.
"Keperluan memperkukuhkan lagi kerjasama antara Kerajaan Negeri, ahli akademik, pengamal undang-undang dan kepimpinan Orang Asli turut dibincangkan.
"Ini supaya setiap isu yang diteliti secara menyeluruh berdasarkan peruntukan undang-undang, dasar kerajaan serta realiti kehidupan masyarakat di lapangan," katanya menerusi hantaran Facebook.
Sementara itu menurut Papparaidu, beliau telah menerima cadangan pewujudan program pemantapan dan pemurnian kepimpinan Orang Asli, khususnya dalam kalangan belia.
Program tersebut bertujuan melahirkan generasi pemimpin yang berpengetahuan, berintegriti dan berwibawa serta mampu memahami perkembangan dasar dan isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat Orang Asli.
"Saya percaya pemerkasaan kepimpinan Orang Asli amat penting supaya suara masyarakat bukan sahaja dapat dibawa dari peringkat akar umbi, malah dapat diketengahkan secara lebih berkesan dalam perbincangan dasar, pembangunan komuniti dan penyelesaian isu-isu strategik," tambahnya.




Comments