top of page

KEADILAN ditohmah liberal tetapi perjuang isu Tabung Haji - Ust Zawawi

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 8 hours ago
  • 1 min read

KEADILAN yang sering dilabel sebagai parti liberal dan kononnya tidak memperjuangkan kepentingan Melayu, membuktikan sebaliknya apabila tampil mengangkat isu Tabung Haji (TH) sebagai landasan memperjuangkan kepentingan umat Islam di negara ini.


Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar) berkata, TH merupakan antara sumber ekonomi terbesar orang Melayu dan umat Islam dan tidak sewajarnya mengalami salah urus sehingga melibatkan kerugian RM4 bilion.


"Jadi sepatutnya (ia) dapat dimanfaatkan untuk membiayai pendidikan, ibadah serta pelbagai usaha pembangunan umat.


"Tetapi saya tak nampak pimpinan Pas atau Umno yang bersuara lantang dalam isu ini. KEADILAN yang katanya liberal, tidak memperjuangkan Melayu ternyata KEADILAN yang mengangkat isu ini.


"Sekali gus menjadikan (isu berkenaan) sebagai (landasan) memperjuangkan nasib ekonomi orang Melayu," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Sebelum ini, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan tindakan politik picisan, sebaliknya amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan jutaan umat Islam Malaysia.


Beliau berkata, laporan berkenaan perlu dilihat secara serius kerana ia antara lain mendedahkan teguran dan amaran yang pernah diberikan Bank Negara Malaysia pada 2014 dan 2017 berhubung keadaan kewangan TH, namun tidak diambil tindakan sewajarnya.


"Ini bukan isu politik. Ini soal amanah, satu tanggungjawab kita memelihara kepentingan umat," ujarnya dipetik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page