top of page

RCI TH: AMK Perlis desak laporan polis besar-besaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis menuntut agar laporan polis digerakkan secara besar-besaran bagi mendesak pihak yang menyebabkan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) dihadapkan ke muka pengadilan.


Ketua AMK Kangar, Khalid Imran Mas Ahmad Nasruddin berkata, langkah itu juga sebagai amaran dan ingatan kepada semua pihak bahawa institusi negara bukan milik mana-mana parti politik dan tidak boleh diperalatkan sewenangnya.


"Jika terbukti bersalah, tangkap dan tuduh (mereka di mahkamah). Kita mahu mereka bertanggungjawab ambil tanggungjawab, bukan berlindung disebalik nama bangsa dan agama.


"Tabung Haji bukan milik Umno. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bukan milik kerajaan. Parlimen bukan milik Perdana Menteri. Mahkamah bukan milik mana-mana parti. Semuanya milik rakyat," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada perbahasan di Kongres AMK Nasional 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.


Menerusi ucapannya, Khalid turut mendesak SPRM terus bertindak bebas, sekaligus memastikan institusi umat Islam itu dibebaskan daripada sebarang campur tangan politik.


"Saya tegaskan, reformasi jangan diperlahankan, integriti jangan dikompromikan, institusi jangan dipolitikkan.


"Kepada mereka yang pernah memegang kuasa, reformasi bukan tentang siapa yang berkuasa. Reformasi yang memastikan siapa saja yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan kuasa," tambahnya.


Dapatan RCI antara lain mengesan antara lain, penyata kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2017 didapati tidak mematuhi sepenuhnya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS).


Ia sekali gus menyebabkan angka sebenar menunjukkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page