top of page

Berita


Elak musibah: Kerajaan beku kelulusan pembangunan di kawasan takungan banjir
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan meluluskan sebarang Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan di atas kawasan kolam takungan banjir di ibu negara yang kini dianggarkan tinggal sekitar 30 peratus daripada saiz asal selepas sebahagian besar kawasan itu diberi hak milik kepada pemaju sejak 2015. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (gambar) berkata, kerajaan memandang serius keadaan membabitkan 17 lot tanah kolam takungan banjir di

Helmi Mohd Foad
May 122 min read


Dakwa ahli sejarah penakut, KJ persenda komuniti akademik?
Kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melabel profesor sejarah sebagai “penakut” sebagai satu persendaan terhadap komuniti akademik negara. Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong berkata, bekas Menteri Kesihatan itu gagal memahami realiti sejarah dan tekanan politik yang telah lama membelenggu dunia akademik sehingga melahirkan budaya takut dalam kalangan ilmuan di negara ini. David berkata, “kesunyian” sebahagian ahli akademik tempatan bukanlah sesuatu yang berlaku seca

Helmi Mohd Foad
May 122 min read


Pemimpin Pas jangan guna ungkapan tidak beradab terhadap sahabat Rasulullah
Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) menyelar tindakan pemimpin Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menggunakan ungkapan tidak beradab terhadap sahabat Rasulullah s.a.w, sambil mengingatkan agar tokoh besar Islam tidak wajar dijadikan bahan retorik politik yang boleh mengundang fitnah serta salah faham terhadap agama. Ketuanya Datuk Aiman Athirah Sabu (gambar) berkata, pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan dan bahan visual yang menggunakan bahasa kasar

Helmi Mohd Foad
May 122 min read


Cukuplah propaganda lawatan Menteri S'pura ke T'ganu, rakyat mahu ekonomi lebih baik
MB DS Dr Samsuri menyambut ketibaan Lee Hsien Loong. Foto: FB Greater Terengganu Development Lawatan Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong ke Terengganu baru baru ini seharusnya dilihat dalam kerangka hubungan diplomatik dan potensi ekonomi negeri, bukannya dimanipulasi sebagai bahan propaganda politik. Aktivis politik Terengganu, Awang Muda berkata, tindakan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang dilihat terlalu agresif memainkan naratif berhubung lawatan tersebut m

Suara Keadilan
May 122 min read


Kemenangan Vijay: Pengundi Tamil Nadu tolak politik identiti agama, kasta
Kemenangan C. Joseph Vijay bersama partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu, India, disifatkan sebagai petanda jelas perubahan landskap politik di Asia yang semakin memihak kepada nilai dan kepimpinan golongan muda. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, kemenangan tersebut mencerminkan penerimaan masyarakat, khususnya generasi muda terhadap pendekatan politik yang lebih berteraskan keadilan,

Redzuan Shamsudin
May 122 min read


Sumud 2.0: 57 kapal laukan persiapan akhir terus pelayaran ke Gaza
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan terhadap usaha membebaskan Gaza dan Palestin. Menurut beliau, sebanyak 57 buah kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang bersedia meneruskan pelayaran misi kemanusiaan menuju ke Gaza. Kesemua peserta dari Malaysia juga katanya, berada dalam keadaan terkawal bersama delegasi antarabangsa lain yang menyertai misi berkenaan. "Semua

Azuan Ab Rahman
May 121 min read


Selangor lulus Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) 2026-2030
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Selangor 2026-2030 pada minggu lalu. Exco Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari (gambar) berkata, dasar itu memberi penekanan kepada pembangunan prasarana, selaras usaha Kerajaan Negeri memperkukuh hak serta inklusiviti golongan berkenaan. "Perjuangan memperkasa hak dan inklusiviti OKU bukanlah perjalanan singkat, ambil masa bertahun-tahun dengan pelbagai usaha, suara dan hara

Azuan Ab Rahman
May 121 min read


60,000 pelajar B40 bakal terima lesen motosikal percuma
Anthony Loke bersama Fadhlina di Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S Seramai 60,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima daripada kategori B40 di seluruh negara bakal menerima lesen motosikal Kelas B2 secara percuma. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, inisiatif itu bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah dan bakal dilaksana menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan per

Suara Keadilan
May 121 min read


PM kembali ke Pulau Banggi selepas 32 tahun, tinjau pembangunan rakyat
Dr Zulkifli (kiri sekali) menyaksikan PM Anwar beramah mesra bersama penduduk Pulau Banggi Lawatan kerja Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Banggi, Sabah kelmarin mencipta detik bersejarah apabila beliau kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi selepas lebih 30 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang mengiringi PM berkata, lawatan tersebut memberi peluang kepada kerajaan untuk menyantuni masyar

Redzuan Shamsudin
May 111 min read


'Sebuah motorsikal untuk Amirah, ketepi impian demi jaga ibu, nenek'
Amirah (kanan) tidak dapat menahan air mata menerima hadiah sebuah motorsikal baharu dari Yuneswaran Kisah pengorbanan seorang remaja yang sanggup mengetepikan cita-citanya melanjutkan pelajaran demi keluarga menyentuh hati lewat catatan di media sosial Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran. Tulis beliau, seorang ibu tunggal dikenali sebagai Kak Zah telah sekian lama berjuang membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami, malah tidak menerima sebarang bantuan kewangan pun daripad

Redzuan Shamsudin
May 112 min read


“Politik bukan sekadar jual kopiah, mesti ada isi di kepala” – Mahfuz
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyelar naratif politik yang menurutnya terus dimainkan oleh Pas yang cuba menggambarkan seolah-olah parti itu menjadi satu-satunya penyelamat Islam dan Melayu di Malaysia. Menurut beliau, pendekatan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya merupakan “politik lama” yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat agar Pas dilihat sebagai penjaga tunggal agama. "Tulisan terbaru Presiden Pas sekali lagi cuba menggambarkan kono

Redzuan Shamsudin
May 112 min read


Naik peruntukan MITRA RM150 juta, tekad kerajaan bantu masyarakat India
Keputusan kerajaan menaikkan peruntukan Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA) kepada RM150 juta disifatkan sebagai langkah bersejarah dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George (gambar) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut yang menurutnya memberi impak besar kepada komuniti berkenaan. "Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pengha

Redzuan Shamsudin
May 112 min read


Dua penggal MB Dr Samsuri: Persepsi melangkaui prestasi
Persepsi politik yang dibina terhadap pentadbiran Pas di Terengganu sebenarnya melangkaui prestasi sebenar kerajaan negeri, khususnya dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat. Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, imej positif yang dibentuk terhadap pentadbiran Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui media sosial dan jentera komunikasi Pas sejak berkuasa pada 2018 tidak selari dengan realiti ekonomi

Hasbul Ahmad
May 112 min read


Pekebun, pengusaha Sarawak bimbang lori LRD tak dapat diesel bersubsidi
Bruce Yee (kiri) ketika melawat pejabat KPDN Cawangan Sarikei minggu lalu Golongan pekebun kecil, pengusaha logistik dan kontraktor di Sarawak berdepan kebimbangan terhadap pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan status lori jenis rigid dumper (LRD) yang didakwa tidak tersenarai dalam kategori kenderaan layak. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee Chin Kui berkata, beliau menerima pelbagai aduan daripada pekebun sawit kecil, pemilik lori serta pengusa

Redzuan Shamsudin
May 112 min read


MKM kekal sokong kepimpinan PM Anwar, nafi kenyataan tular
Setiausaha Agung Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) menafikan kenyataan media yang tular semalam berhubung isu hilang kepercayaan terhadap parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Aqeef Salih (gambar) dalam satu kenyataan malam tadi menegaskan, kenyataan itu tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan MKM. Beliau percaya kenyataan tersebut didalangi individu dalam kumpulan itu yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan menggunakan platform M

Azuan Ab Rahman
May 111 min read


Junjung titah Sultan, Selangor anjur SUKMA secara berhemah
Kerajaan Negeri Selangor memutuskan SUKMA 2026 dan PARA SUKMA 2026 akan dianjurkan pada skala lebih sederhana dengan kawalan perbelanjaan yang lebih ketat. Exco Sukan Mohd Najwan Halimi (gambar) berkata, langkah itu selari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini agar temasya dwitahunan itu dilaksanakan secara berhemah dan berjimat cermat susulan faktor ekonomi global. "Majlis perasmian dan penutupan SUKMA 2026 tetap akan dilaksanakan, namun pada skala

Suara Keadilan
May 111 min read


Waspada taktik ejen provokatif di media sosial, komuniti MADANI benteng rakyat
Fahmi (empat dari kiri) hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Lantikan tahun 2026/2027 kepada 234 Ketua Komuniti MADANI dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di Kuala Lumpur Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menyeru ahli komuniti MADANI memainkan peranan aktif sebagai “mata, telinga, lidah, kaki dan tangan” kerajaan. Menurutnya, ahli komuniti yang dilantik memikul tanggungjawab besar untuk berada di lapangan bagi mendengar keluhan rakyat, serta menjelaskan dasa

Suara Keadilan
May 111 min read


Persiden UMNO akui selesa kerjasama dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengakui selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Dipetik laporan media, Dr Ahmad Zahid (gambar) yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan memastikan rakyat tidak terus dibebani polemik politik. Tambahnya, demi kepe

Suara Keadilan
May 111 min read


Pastikan pekeliling sistem kerja fleksi doktor junior dipatuhi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) memberi komitmen bahawa kementeriannya akan memastikan semua hospital kerajaan mematuhi sepenuhnya pekeliling baharu berkaitan sistem waktu kerja fleksi bagi Pegawai Perubatan Siswazah (PPS). Menurutnya, garis panduan itu dipantau sepenuhnya di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab selaku ketua perkhidmatan perubatan. "Kita akan pastikan pematuhan hospital dalam perkara ini. Itu adal

Suara Keadilan
May 111 min read


Program MITRA berkesan, PM tambah peruntukan RM150 juta
DS Anwar menyampaikan bantuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi kepada pelajar terpilih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan peningkatan peruntukan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada RM 150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini. Menurutnya, keputusan itu selepas kerajaan menilai keberkesanan pelbagai program dilaksana MITRA khususnya dalam bidang pendidikan, latihan dan pembangunan sosioekonomi yang b

Suara Keadilan
May 111 min read
bottom of page
