top of page

Persiden UMNO akui selesa kerjasama dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11
  • 1 min read

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengakui selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.


Dipetik laporan media, Dr Ahmad Zahid (gambar) yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan memastikan rakyat tidak terus dibebani polemik politik.


Tambahnya, demi kepentingan rakyat juga, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan telah memilih untuk mengetepikan perbezaan dan ketidakselesaan politik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bagi memastikan setiap agenda dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan secara berkesan.


"Rakyat mesti tidak dipersulitkan dengan polemik berlarutan dan perbezaan pendirian atau pandangan setiap masa," katanya dalam temu bual khas sempena ulang tahun ke-80 UMNO baru-baru ini.


Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama BN dibentuk selepas PRU15 pada 2022 selepas tiada gabungan memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)


Selain PH dan BN, ia turut disertai Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan serta disokong beberapa parti lain, dan Ahli Parlimen Bebas.


Sementara itu menurut Dr Ahmad Zahid, semua parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk DAP menghormati empat tonggak utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Mereka amat menghormati perjanjian penubuhan Kerajaan Perpaduan, yang terdapat empat tonggak utama iaitu soal agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, soal hak istimewa orang Melayu.


"Mereka juga bukan sekadar menghormati tetapi mengakui itu adalah hakikat yang termaktub dalam Perlembagaan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page