top of page

MKM kekal sokong kepimpinan PM Anwar, nafi kenyataan tular

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 days ago
  • 1 min read

Setiausaha Agung Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) menafikan kenyataan media yang tular semalam berhubung isu hilang kepercayaan terhadap parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Aqeef Salih (gambar) dalam satu kenyataan malam tadi menegaskan, kenyataan itu tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan MKM.


Beliau percaya kenyataan tersebut didalangi individu dalam kumpulan itu yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan menggunakan platform MKM untuk menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap parti KEADILAN.


"Lebih memalukan, ia langsung tidak disertakan nama dan jawatan individu yang membuat kenyataan itu. Ini jelas membuktikan kenyataan itu dibuat secara tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik.


"Mana-mana pihak yang benar berani dengan pendirian mereka sepatutnya tampil terbuka, bukan berselindung di sebalik nama organisasi mahasiswa," katanya.


Beliau sementara itu menegaskan, MKM sentiasa berpegang kepada prinsip perjuangan dan disiplin organisasi seta proses demokrasi yang matang.


Justeru, sebarang pandangan peribadi tidak boleh dipaksa sebagai pendirian rasmi organisasi tanpa mandat dan persetujuan bersama.


"MKM tidak akan sesekali membenarkan platform perjuangan mahasiswa diperalat demi kepentingan politik individu tertentu.


"Sebagai sayap Mahasiswa KEADILAN, MKM akan terus kekal fokus membawa suara Mahasiswa dengan penuh tanggungjawab, prinsip dan integriti.


"MKN sentiasa menghormati institusi presiden dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page