top of page

Program MITRA berkesan, PM tambah peruntukan RM150 juta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11
  • 1 min read
DS Anwar menyampaikan bantuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi kepada pelajar terpilih
DS Anwar menyampaikan bantuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi kepada pelajar terpilih

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan peningkatan peruntukan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada RM 150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.


Menurutnya, keputusan itu selepas kerajaan menilai keberkesanan pelbagai program dilaksana MITRA khususnya dalam bidang pendidikan, latihan dan pembangunan sosioekonomi yang bertujuan meningkatkan lagi pembangunan masyarakat India.

"MITRA ini ada program khas, kerana boleh digabungkan pandangan-pandangan sarjana elit India dan wakil-wakil persatuan India tetapi harus kita baiki program, supaya program itu betul-betul sampai menjurus kepada kelompok yang memerlukan.


"Program di bawah MITRA bukan sahaja melibatkan bantuan kebajikan, malah turut membuka peluang pendidikan dan latihan teknikal kepada golongan muda masyarakat India," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir ke majlis ramah mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan.


Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan peranti Madani kepada pelajar terpilih.


Sementara itu menurutnya, Kerajaan MADANI kekal komited memastikan bantuan dan program pembangunan diberikan secara adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk masyarakat India yang masih berdepan isu kemiskinan dan keterpinggiran.


Kerajaan tegasnya memberikan perhatian terhadap aspek tatakelola dalam pengurusan dana MITRA bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page