top of page

Waspada taktik ejen provokatif di media sosial, komuniti MADANI benteng rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 hours ago
  • 1 min read
Fahmi (empat dari kiri) hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Lantikan tahun 2026/2027 kepada 234 Ketua Komuniti MADANI dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di Kuala Lumpur
Fahmi (empat dari kiri) hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Lantikan tahun 2026/2027 kepada 234 Ketua Komuniti MADANI dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di Kuala Lumpur

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menyeru ahli komuniti MADANI memainkan peranan aktif sebagai “mata, telinga, lidah, kaki dan tangan” kerajaan.


Menurutnya, ahli komuniti yang dilantik memikul tanggungjawab besar untuk berada di lapangan bagi mendengar keluhan rakyat, serta menjelaskan dasar-dasar kerajaan negeri mahupun Persekutuan dengan cara yang paling mudah difahami.


Justeru, bagi melengkapkan ahli komuniti dengan kemahiran penghasilan grafik, dan teknik menjawab isu-isu tular di media sosial, kementeriannya akan mewajibkan siri latihan intensif ahli komuniti MADANI melalui kerjasama dengan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).


"Antara aktiviti pertama yang kita selaraskan adalah turun ke pasar dan gerai-gerai. Saya mahu anda lihat sendiri masalah seperti ketersediaan minyak peket atau stok diesel di stesen minyak. Sampaikan maklumat supaya intervensi segera dapat dilakukan setiap minggu," katanya dipetik.


Terdahulu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Lantikan tahun 2026/2027 kepada 234 Ketua Komuniti MADANI dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di Kuala Lumpur pada Ahad.


Acara turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Sementara itu menerusi ucapannya, Fahmi turut mengingatkan ahli komuniti MADANI supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik ejen provokatif dalam media sosial yang sengaja memainkan sentimen agama dan kaum melalui akaun-akaun palsu bagi memecah belah perpaduan masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page