top of page

60,000 pelajar B40 bakal terima lesen motosikal percuma

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
Anthony Loke bersama Fadhlina di Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S
Anthony Loke bersama Fadhlina di Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S

Seramai 60,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima daripada kategori B40 di seluruh negara bakal menerima lesen motosikal Kelas B2 secara percuma.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, inisiatif itu bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah dan bakal dilaksana menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan sebanyak RM18.5 juta


"Program ini merupakan inisiatif strategik kerajaan yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


"Pelaksanaannya mengambil kira isu pelajar sekolah, khususnya di kawasan luar bandar yang menunggang motosikal tanpa memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang sah," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S di Austin International Convention Centre (AICC) Johor Bahru semalam.


Sementara itu tambahnya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengenal pasti dan menyaring pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan ini.


Pendekatan berasaskan data itu jelasnya bagi memastikan bantuan disalurkan secara tepat dan berkesan mengikut keperluan sebenar pelajar di setiap negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page