top of page

PM kembali ke Pulau Banggi selepas 32 tahun, tinjau pembangunan rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli (kiri sekali) menyaksikan PM Anwar beramah mesra bersama penduduk Pulau Banggi
Dr Zulkifli (kiri sekali) menyaksikan PM Anwar beramah mesra bersama penduduk Pulau Banggi

Lawatan kerja Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Banggi, Sabah kelmarin mencipta detik bersejarah apabila beliau kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi selepas lebih 30 tahun.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang mengiringi PM berkata, lawatan tersebut memberi peluang kepada kerajaan untuk menyantuni masyarakat setempat khususnya di Karakit dan kawasan sekitarnya.


"Antara yang paling menyentuh hati apabila warga SMK Banggi menunjukkan batu asas yang pernah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri pada tahun 1994 (sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri), lebih 32 tahun berlalu, hari ini beliau kembali semula ke sekolah tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zulkifli, lawatan itu turut merangkumi kunjungan ke Pulau Banggi yang semakin mendapat perhatian menerusi pembangunan komuniti dan infrastruktur.

Nostalgia ..... lebih tiga dekad lalu TPM DS Anwar (tengah) melawat Pulau Banggi
Nostalgia ..... lebih tiga dekad lalu TPM DS Anwar (tengah) melawat Pulau Banggi

Delegasi juga melawat Pusat NADI Pulau Banggi yang diiktiraf antara terbaik dunia menerusi World Summit on the Information Society di Geneva.


Dalam pada itu, katanya kerajaan memberi jaminan pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.


"Insya-Allah, pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur akan dilaksanakan termasuk jalan raya, jambatan, jeti, balai polis, klinik, asrama dan kemudahan rakyat," ujarnya.


Tambah Zulkifli, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beberapa agensi utama turut digerakkan bagi memperkukuh pembangunan ummah.


Antaranya termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Lembaga Tabung Haji, Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.


Yadim, katanya turut menggerakkan pelbagai inisiatif melibatkan masjid, KAFA, pendidikan, kesihatan serta pembangunan anak-anak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page