Sumud 2.0: 57 kapal laukan persiapan akhir terus pelayaran ke Gaza
- Azuan Ab Rahman

- 2 days ago
- 1 min read

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan terhadap usaha membebaskan Gaza dan Palestin.
Menurut beliau, sebanyak 57 buah kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang bersedia meneruskan pelayaran misi kemanusiaan menuju ke Gaza.
Kesemua peserta dari Malaysia juga katanya, berada dalam keadaan terkawal bersama delegasi antarabangsa lain yang menyertai misi berkenaan.
"Semua mereka berada dalam keadaan baik, stabil dan bersedia sepenuhnya untuk meneruskan pelayaran kemanusiaan bersama delegasi antarabangsa yang lain," katanya.
Dr Sani Araby sementara itu menjelaskan, misi kali ini bertujuan mendesak komuniti antarabangsa mengiktiraf koridor maritim kemanusiaan di bawah undang-undang antarabangsa.
Khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).
"Misi ini adalah sah dari segi undang-undang berdasarkan Artikel 87 UNCLOS yang menjamin kebebasan pelayaran di laut lepas yang melindungi kapal-kapal termasuk yang membawa bantuan kemanusiaan daripada sebarang sekatan atau gangguan tidak sah.
"Misi merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan masyarakat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan isu kemanusiaan di Gaza," tambahnya.




Comments