top of page

Berita


Harga makanan tidak naik mendadak, kerajaan lakukan intervensi
Kerajaan menjangkakan kesan kenaikan harga minyak dunia bakal mula mempengaruhi harga makanan dalam tempoh tiga bulan akan datang. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenaikan harga bahan makanan ternakan seperti soya dan jagung bijirin yang digunakan dalam industri makanan bakal mempengaruhi kenaikan harga barangan. Bagaimanapun jelasnya, kerajaan merangka pelbagai langkah intervensi bagi mengurangkan impak kenaikan kos terhadap

Suara Keadilan
May 141 min read


Legakan peniaga, MB Aminuddin umum diskaun sewa premis PBT
Lebih 5,000 penyewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Negeri Sembilan bakal menikmati mengurangkan kadar sewa gerai. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, Kerajaan Negeri bersetuju mengurangkan kadar sewa tersebut sebanyak 20 peratus selama tujuh bulan bermula Jun hingga Disember ini. Menurut beliau, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri membantu peniaga kecil dan sederhana agar dapat meneruskan operasi perniagaan dengan lebih

Suara Keadilan
May 141 min read


Hina sahabat Nabi boleh merosakkan adab masyarakat - YADIM
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memandang serius tindakan mempergunakan nama sahabat Rasulullah S.A.W sebagai bahan sensasi bagi menarik sokongan. Yang Di-Pertuanya, Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar) berkata, tindakan seperti itu bukan sahaja dibimbangi akan melahirkan masyarakat yang semakin hilang rasa hormat terhadap institusi agama dan tokoh malah dikhuatiri membawa kepada menormalisasikan budaya penghinaan, mencairkan sensitiviti umat serta merosakkan nilai adab. "

Azuan Ab Rahman
May 141 min read


Lima peratus penjaja terima bantuan: Kerajaan arah libat urus elak keciciran
Kerajaan akan meneliti langkah memperluas akses bantuan kewangan formal kepada golongan penjaja termasuk menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) susulan dapatan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menunjukkan kadar penyertaan kumpulan itu masih rendah. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan hasil kajian institut berkenaan yang

Akmal Manaf
May 131 min read


Tohmah sahabat Nabi: SEKPUR mahu debat, wujud akta baharu tangani 3R
Mustapa Mansor dalam sidang media selepas SEKPUR membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, K Lumpur Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) tampil mencadangkan agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjemput Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hadir ke studio bagi menjawab secara ilmiah berhubung kontroversi kenyataan yang dikeluarkan melibatkan sahabat Rasulullah s.a.w. Pengerusi SEKPUR, Mustapa Mansor Amer Mohd Is

Akmal Manaf
May 132 min read


Enam Exco N Sembilan pangku portfolio ditinggalkan UMNO
DS Aminuddin memberi kenyataan kepada pemberita selepas mesyuarat Exco. Foto kredit: Negeri Kita Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak melantik barisan Exco baharu bagi mengisi empat kekosongan portfolio yang sebelum ini disandang wakil UMNO dan Barisan Nasional (BN), susulan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas dipersetujui dalam mesyuarat pentadbiran Kerajaan Neg

Helmi Mohd Foad
May 132 min read


Turun Anwar 2.0: Politik kebencian bukan budaya Melaka
KEADILAN Melaka menyeru rakyat khususnya golongan muda agar tidak terikut dengan budaya politik berasaskan kemarahan, fitnah dan kebencian yang hanya akan memecah-belahkan masyarakat serta menggugat kestabilan negara. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata rakyat perlu terus mengamalkan budaya politik matang dengan mengutamakan fakta, adab dan penghormatan terhadap proses demokrasi. "Kami menyeru rakyat khususnya anak muda agar tidak terikut dengan bu

Helmi Mohd Foad
May 132 min read


Daie MADANI lapor polis Nik Zawawi tohmah, persenda sahabat Nabi
Amir Zuhair dan Daie MADANI membuat laporan polis terhadap Nik Muhammad Zawawi Gerakan Daie MADANI hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan pemimpin Pas itu dalam satu ceramah politik baru-baru ini yang didakwa menghina kedudukan para sahabat Rasulullah SAW, termasuk Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Pengerusi Daie MADANI, Amir Zuhair Abdull Khalid berkata, laporan polis itu

Akmal Manaf
May 132 min read


“Budayawan, intelektual, golongan kreatif Terengganu dipinggirkan”
Ketiadaan dasar yang jelas untuk merangkul golongan budayawan, intelektual dan penggiat industri kreatif antara menyebabkan ramai anak Terengganu memilih untuk berhijrah dan mengembangkan kerjaya mereka di luar negeri, khususnya di Kuala Lumpur. Keadaan itu berlaku kerana kerajaan negeri dilihat gagal membina ekosistem yang menghargai daya intelektual, kebudayaan dan kreativiti masyarakat, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob. Ka

Hasbul Ahmad
May 132 min read


NGO desak kerajaan ambil tindakan pemimpin Pas manipulasi sejarah Islam
Dari kiri: Mejar (B) Razali, Shahbudin dan Mustapa Mansor. Gambar arkib Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) media dan masyarakat prihatin menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap penularan fitnah, penghinaan agama dan naratif melampau di media sosial yang disifatkan semakin membimbangkan serta boleh menggugat keharmonian negara. Dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan hari ini, kump

Helmi Mohd Foad
May 132 min read


Ambil tindakan tegas pemimpin Pas tohmah sahabat Nabi - Iman Haziq
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor memandang serius kenyataan yang didakwa menghina para sahabat Nabi s.a.w melibatkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, pihaknya turut menegur sikap pemimpin Pas yang didakwa hipokrit apabila tidak segera menegur ketelanjuran ucapan Nik Zawawi tersebut berbanding menyerang pemimpin parti lawan dalam isu yang jauh lebih kecil. "AMK Selangor

Suara Keadilan
May 132 min read


AMK desak Nik Zawawi mohon maaf secara terbuka, betulkan kenyataan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh agar membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan kontroversi yang didakwa menyentuh sejarah para sahabat Rasulullah s.a.w. Naib Ketua AMK Malaysia, Nadia Nazri berkata, kenyataan yang tular itu telah mencetuskan keresahan awam kerana melibatkan tokoh besar Islam seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab. Menurut beliau, antara dakwaan yang dibangkitk

Suara Keadilan
May 132 min read


Klinik Kesihatan Maran bakal dinaik taraf - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan bakal menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Maran dari Klinik Kesihatan Jenis Empat kepada Klinik Kesihatan Jenis Tiga yang menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, klinik tersebut akan turut dilengkapi enam katil wad pesakit di Ruang Pemerhatian serta perkhidmatan Pusat Bersalin Kecemasan (EBC) bagi memperkukuh peranannya sebagai tunjang kepada sistem penjagaan kesihatan primer sekaligus memenuh

Suara Keadilan
May 131 min read


Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan, laporan media tidak tepat
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan sebarang pengumuman baharu berkaitan pengurangan kuota bulanan bahan api RON95 di bawah program BUDI95 seperti dilapor beberapa portal berita. Beliau menegaskan kenyataan beliau dalam satu acara di Kuala Lumpur semalam sama sekali tidak menyentuh sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, terutama untuk menghadkan subsidi bagi RON95 bersubsidi hanya kepada 150 liter. "Apa yang saya jelaskan adalah BUDI95 adalah mekanism

Azuan Ab Rahman
May 131 min read


MKM bukan alat bina kepentingan politik peribadi — Mantan Presiden
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) tidak wajar dijadikan alat kepentingan peribadi demi membina pengaruh atau kedudukan politik tertentu, tegas seorang mantan Presidennya. Mohammad Shahrul Nizam (gambar) berkata sebagai mengulas tindakan beberapa pimpinan MKM yang mengumumkan keluar dari parti KEADILAN selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. "Saya dimaklumkan bahawa tindakan mereka tidak mendapat

Azuan Ab Rahman
May 131 min read


AMK Perak kecam ucapan MP Pas persenda sahabat Nabi
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak mengecam keras kenyataan Ahli Parlimen (MP) Pas yang didakwa menghina serta memperlekehkan ketokohan para sahabat Rasulullah s.a.w dalam ceramah politik baru-baru ini. Ketuanya, Ashraf Kahasani (gambar) berkata, ucapan oleh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh itu disifatkan melampau dan tidak wajar, apatah lagi melibatkan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam. Menurut beliau, kenyataan mendakwa Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA sebagai “ceti” s

Suara Keadilan
May 121 min read


Hina sahabat Nabi isu besar, MP Pas digesa mohon maaf secara terbuka
Tindakan menghina atau mempersenda para sahabat Rasulullah s.a.w disifatkan sebagai perbuatan serius yang tidak boleh dipandang ringan kerana golongan tersebut memainkan peranan penting dalam menyampaikan ajaran Islam kepada umat selepas kewafatan Nabi. Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) menegaskan, Islam memandang tinggi kedudukan para sahabat dan sebarang bentuk persendaan terhadap mereka adalah bertentangan dengan ajaran agama. "Dalam Is

Suara Keadilan
May 121 min read


Elak musibah: Kerajaan beku kelulusan pembangunan di kawasan takungan banjir
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan meluluskan sebarang Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan di atas kawasan kolam takungan banjir di ibu negara yang kini dianggarkan tinggal sekitar 30 peratus daripada saiz asal selepas sebahagian besar kawasan itu diberi hak milik kepada pemaju sejak 2015. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (gambar) berkata, kerajaan memandang serius keadaan membabitkan 17 lot tanah kolam takungan banjir di

Helmi Mohd Foad
May 122 min read


Dakwa ahli sejarah penakut, KJ persenda komuniti akademik?
Kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melabel profesor sejarah sebagai “penakut” sebagai satu persendaan terhadap komuniti akademik negara. Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong berkata, bekas Menteri Kesihatan itu gagal memahami realiti sejarah dan tekanan politik yang telah lama membelenggu dunia akademik sehingga melahirkan budaya takut dalam kalangan ilmuan di negara ini. David berkata, “kesunyian” sebahagian ahli akademik tempatan bukanlah sesuatu yang berlaku seca

Helmi Mohd Foad
May 122 min read


Pemimpin Pas jangan guna ungkapan tidak beradab terhadap sahabat Rasulullah
Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) menyelar tindakan pemimpin Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menggunakan ungkapan tidak beradab terhadap sahabat Rasulullah s.a.w, sambil mengingatkan agar tokoh besar Islam tidak wajar dijadikan bahan retorik politik yang boleh mengundang fitnah serta salah faham terhadap agama. Ketuanya Datuk Aiman Athirah Sabu (gambar) berkata, pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan dan bahan visual yang menggunakan bahasa kasar

Helmi Mohd Foad
May 122 min read
bottom of page
