top of page

Hina sahabat Nabi isu besar, MP Pas digesa mohon maaf secara terbuka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Tindakan menghina atau mempersenda para sahabat Rasulullah s.a.w disifatkan sebagai perbuatan serius yang tidak boleh dipandang ringan kerana golongan tersebut memainkan peranan penting dalam menyampaikan ajaran Islam kepada umat selepas kewafatan Nabi.


Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) menegaskan, Islam memandang tinggi kedudukan para sahabat dan sebarang bentuk persendaan terhadap mereka adalah bertentangan dengan ajaran agama.


"Dalam Islam, menghina sahabat Rasulullah s.a.w dianggap perbuatan yang sangat berat kerana merekalah generasi yang membawa dan menyampaikan agama kepada umat," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau juga merujuk hadis sahih yang mana Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya mencela para sahabat.


"Janganlah kamu mencela para sahabatku…," (Hadis sahih riwayat Muhammad al-Bukhari dan Muslim ibn al-Hajjaj).


Sehubungan itu, Fakhrulrazi menggesa Ahli Parlimen (MP) Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh agar segera menarik balik kenyataan yang didakwa menyentuh akhlak para sahabat sebelum masuk Islam serta melakukan permohonan maaf secara terbuka.


"Janganlah kerana hendak menyedapkan isi ceramah tergamak menghina dan memfitnah sahabat Rasul apatah lagi mereka yang diaibkan itu adalah penghuni syurga yang di jamin Allah


"Saya menuntut sekeras-kerasnya supaya beliau menarik kembali ucapan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam," katanya.


Menurut Fakhrulrazi, tindakan tersebut bukan sahaja mengguris hati umat Islam, malah mencemarkan imej kepimpinan Pas yang membawa jenama parti berteraskan agama.


Terdahulu, tular rakaman klip video ucapan dipercayai disampaikan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Zawawi mengenai dakwaan berkait sahabat Nabi Muhammad s.a.w sebelum memeluk Islam.


Hal itu termasuk tuduhan melakukan perbuatan zina dan menjadi seorang "chetti" ketika zaman sebelum Islam.


Ucapan itu mencetuskan kritikan pelbagai pihak kerana didakwa menggunakan pendekatan keterlaluan serta tidak berhikmah dalam penyampaian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page