top of page

Harga makanan tidak naik mendadak, kerajaan lakukan intervensi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan menjangkakan kesan kenaikan harga minyak dunia bakal mula mempengaruhi harga makanan dalam tempoh tiga bulan akan datang.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenaikan harga bahan makanan ternakan seperti soya dan jagung bijirin yang digunakan dalam industri makanan bakal mempengaruhi kenaikan harga barangan.


Bagaimanapun jelasnya, kerajaan merangka pelbagai langkah intervensi bagi mengurangkan impak kenaikan kos terhadap pengguna dan peniaga kecil.


"Ketika ini, kenaikan harga belum ketara, tetapi kita tidak boleh terlalu selesa kerana kita tidak tahu perkembangan akan datang, terutama apabila berlaku kenaikan harga bahan makanan seperti soya dan jagung.


"Kita lihat apakah intervensi yang boleh diambil oleh kerajaan. Kementerian Ekonomi khasnya Kementerian Kewangan akan memerhati dan membuat tindakan segera bagaimana untuk meringankan beban rakyat," katanya dipetik.


Mohamad Sabu berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Agro Penjaja-i di Putrajaya semalam.


Dalam perkembangan sama beliau turut memberi jaminan bekalan makanan asas negara masih berada pada tahap stabil dengan stok beras dijangka mencukupi sehingga hujung tahun ini.


Manakala stok pengeluaran sayur-sayuran tempatan khususnya di Cameron Highland mencatat lebihan bekalan, sehingga memerlukan campur tangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menstabilkan pasaran.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page