top of page

Legakan peniaga, MB Aminuddin umum diskaun sewa premis PBT

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Lebih 5,000 penyewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Negeri Sembilan bakal menikmati mengurangkan kadar sewa gerai.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, Kerajaan Negeri bersetuju mengurangkan kadar sewa tersebut sebanyak 20 peratus selama tujuh bulan bermula Jun hingga Disember ini.


Menurut beliau, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri membantu peniaga kecil dan sederhana agar dapat meneruskan operasi perniagaan dengan lebih stabil.


"Pengurangan melibatkan premis di bawah seliaan beberapa PBT termasuk Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Jempol (MPJ) serta beberapa majlis daerah lain," katanya dipetik.


Aminuddin juga memaklumkan, pelaksanaan inisiatif berkenaan melibatkan implikasi kewangan melebihi RM1.4 juta kepada kerajaan negeri.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dikurangkan.


Justeru beliau turut menyeru supaya semua PBT turut mengambil langkah serupa bagi membantu meringankan beban penjaja dan peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos operasi susulan krisis Asia Barat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page