top of page

Berita


Media kerajaan perlu agresif, sebar kejayaan dasar, impak pembangunan - PM
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan media kerajaan perlu memainkan peranan lebih agresif dalam menjelaskan fakta sebenar kepada rakyat, khususnya berkaitan kejayaan Kerajaan Persekutuan melaksanakan pelbagai dasar dan projek pembangunan di seluruh negara. Berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 hari ini, Anwar berkata banyak pencapaian kerajaan gagal sampai kepada rakyat kerana perhatian terlalu tertumpu kepada menjawab serangan p

Sidiqin Omar
May 172 min read


Projek pengangkutan pemacu kemajuan Johor dijayakan oleh Menteri PH
Pencapaian dan perkembangan pesat Johor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini tidak boleh disandarkan kepada Kerajaan Negeri semata-mata, sebaliknya didorong oleh pelaksanaan pelbagai projek strategik Kerajaan Persekutuan khususnya dalam sektor pengangkutan. Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke siew Fook (gambar), faktor utama kemajuan negeri itu adalah peningkatan kesalinghubungan antara Johor dan Singapura melalui projek-projek besar di bawah Kementerian Pengangkut

Redzuan Shamsudin
May 172 min read


Kerajaan Perpaduan dibina atas keberanian politik, mencabar, perlu kesabaran
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) menegaskan pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan keberanian politik serta kesediaan semua pihak untuk terus mempertahankan kerjasama yang telah dibina sejak lebih tiga tahun lalu. Menurut beliau, usaha membentuk perpaduan jauh lebih sukar berbanding melakukan perpecahan, namun kestabilan yang terhasil membolehkan kerajaan terus mentadbir negara dalam suasana lebih

Sidiqin Omar
May 172 min read


PH Johor bangkit semula rampas negeri dalam PRN - Aminolhuda
Pakatan Harapan (PH) Johor yakin mampu kembali menguasai negeri itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang meskipun berdepan cabaran daripada Barisan Nasional (BN) yang telah mengumumkan hasrat bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan (gambar) yang mewakili Pakatan Harapan Johor berkata perjuangan gabungan itu tidak akan berundur sebelum bertanding dan menolak sebarang sikap menyerah kalah lebih awal. "Takkanlah

Hasbul Ahmad
May 172 min read


'Setia kepada prinsip perjuangan, jangan leka dengan kuasa'
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim (gambar) mengingatkan seluruh jentera Pakatan Harapan (PH) supaya terus berpegang kepada prinsip perjuangan dan tidak berubah hanya kerana kini berada dalam kerajaan. Berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pagi ini, Adam berkata selepas hampir empat tahun mentadbir kerajaan Persekutuan, PH kini berada dalam fasa yang lebih mencabar apabila perlu membuktikan kematangan, kesabaran dan kesetiaan terhadap

Hasbul Ahmad
May 172 min read


Siasat gerakan politik terima dana asing, mencatur demonstrasi, media sosial
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia memandang serius pendedahan berhubung dakwaan penyaluran dana asing kepada individu, ahli politik serta pertubuhan tertentu yang dikaitkan dengan aktiviti propaganda politik dan operasi siber. Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, isu tersebut tidak boleh dianggap sebagai polemik politik semata-mata kerana ia menyentuh soal keselamatan dan kedaulatan negara. "Mana-mana gerakan yang menerima dan menyalahguna pemb

Suara Keadilan
May 172 min read


PH konsisten tunai MA63, pencapaian Kerajaan Madani perlu diwar warkan
Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengetepikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam setiap siri pilihanraya di Sabah dan Sarawak, malah terus menjadikannya antara teras utama manifesto sejak sebelum menjadi kerajaan. Wakil PH Sabah ke Konvensyen PH 2026, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, pelbagai pencapaian berkaitan MA63 telah pun direalisasikan, termasuk usaha memperkasakan pengiktirafan Hari Malaysia. "Kalau kita imbas sebelum kita jadi kerajaan, kita telah berj

Redzuan Shamsudin
May 172 min read


Konvensyen PH 2026 himpunkan pimpinan, suntik semangat hadapi pilihanraya
Datuk Fahmi menyampaikan ucapan alu aluan kepada perwakilan dalam Konvensyen PH 2026 Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 menjadi platform penting menghimpunkan pimpinan dan perwakilan dari seluruh negara bagi memperkukuh hala tuju gabungan itu menjelang pilihanraya akan datang. Pengarah Konvensyen PH 2026, Fahmi Fadzil berkata, program pada hai ini akan menampilkan ucapan serta perbahasan daripada wakil negeri dan pimpinan utama parti bagi menjelaskan hala tuju ke depan gabu

Redzuan Shamsudin
May 172 min read


KEADILAN Hulu Rajang desak Long Busang, Sang Anau dikembali ke Daerah Belaga
Abun (tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan KEADILAN Hulu Rajang Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Hulu Rajang semalam mengambil pendirian tegas menggesa agar kawasan Long Busang dan Sang Anau dikembalikan semula ke bawah pentadbiran Daerah Belaga demi kepentingan rakyat setempat. Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit berkata, perkara itu dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat yang berlangsung di Miri, melibatkan kepentingan penduduk di

Redzuan Shamsudin
May 171 min read


KRT Johor Bahru diseru lebih aktif kukuhkan perpaduan komuniti
Yuneswaran (belakang) bersama ahli KRT Johor Bahru Semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Johor Bahru diseru agar terus diperkasa dan digerakkan secara lebih aktif dalam usaha memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan masyarakat setempat. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, mereka yang diberi amanah dalam kepimpinan komuniti perlu memainkan peranan secara berkesan demi manfaat masyarakat. "Hadir menyantuni komuniti sempena Program Santuni Komuniti Rukun Te

Suara Keadilan
May 172 min read


Wan Nur Aishah pangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bandar Tun Razak Wan Nur Aishah diamanahkan memangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan. Biro Politik AMK dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu susulan tindakan Asheeq Ali Sethi Alivi meletakkan semua jawatan termasuk Ketua AMK Wilayah Persekutuan dan meninggalkan parti semalam. "Bagi memastikan kesinambungan gerak kerja serta penstrukturan semula berjalan lancar, Biro Politik AMK memutuskan bahawa Wan Nur Aishah, Timbalan Ketua AMK

Azuan Ab Rahman
May 171 min read


Lebih 50,000 lepasan tahfiz, pondok dapat manfaat ke IPTA
Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan kira-kira 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian bakal mendapat manfaat dari keputusan Kabinet berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan yang diumum baru-baru ini. Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim (gambar) berkata, pengumuman yang memberi laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC, bagi melanj

Suara Keadilan
May 171 min read


Kerajaan pantau misi GSF, siap siaga sebarang kemungkinan
Kerajaan memantau rapi pelayaran kapal-kapal misi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang insiden. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, misi kini berada di Garisan Kuning Dua, iaitu kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza, dan berisiko dipintas oleh rejim Zionis. "Kita sentiasa memantau keadaan ini, yang bermaksud kita telah pun memberikan desakan, namun kita berdepan dengan Israel yang paling bia

Suara Keadilan
May 171 min read


Selangor cadang naik gaji guru KAFA
Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti cadangan menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,500 kepada RM1,700 . Exco Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) berkata usaha itu bagi memastikan kebajikan warga pendidik agama di Selangor terus diperkasa dan kertas cadangan berhubung perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bulan ini untuk dimuktamadkan. "Insya-Allah, sekiranya tidak dapat dilaksanakan tahun ini, kita aka

Suara Keadilan
May 171 min read


Konvensyen PH platform tentukan hala tuju reformasi, perbaharui komitmen
Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung esok dilihat sebagai medan penting untuk mempertegaskan hala tuju perjuangan gabungan itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar) berkata, konvensyen tersebut hadir dalam suasana wujudnya persoalan dalam kalangan rakyat, khususnya penyokong PH, mengenai keutamaan dan arah tuju kerajaan ketika ini. "Sentimen ini lahir daripada harapan besar yang diletakkan oleh r

Redzuan Shamsudin
May 162 min read


Konvensyen PH: Kejayaan inisiatif Kerajaan Perpaduan topik utama perbahasan
Datuk Fahmi dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru Kejayaan pelbagai inisiatif dan program di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dijangka menjadi antara fokus utama perbahasan dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung esok. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pencapaian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan bahawa kestabilan politik memberi kesan langsung kepada pertumbu

Sidiqin Omar
May 162 min read


Asheeq Ali keluar KEADILAN, kerusi Batu jadi tumpuan PRU-16
Datuk Azman mahu KEADILAN Batu segera menguruskan proses peralihan selepas Asheeq Ali berundur Pengunduran mengejut Asheeq Ali Sethi Alivi daripada semua jawatan parti serta keahlian KEADILAN berkuat kuasa serta-merta mencetuskan perhatian baharu kerusi Parlimen Batu yang kini dilihat semakin strategik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Asheeq yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Batu dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan mengumumkan

Helmi Mohd Foad
May 162 min read


Keputusan Asheeq Ali keluar parti bersifat peribadi - KEADILAN Batu
KEADILAN Cabang Batu menegaskan bahawa keputusan bekas Ketua Cabangnya, Saudara Asheeq Ali (gambar) untuk meninggalkan parti adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian keseluruhan kepimpinan cabang tersebut. Dalam satu kenyataan media, Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Batu menjelaskan bahawa cabang itu kekal teguh dan komited meneruskan perjuangan seperti biasa. "KEADILAN Cabang Batu menjelaskan bahawa segala keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh beliau ada

Suara Keadilan
May 161 min read


Isu UEC, tahfiz dipolitikkan: Ramai tidak faham struktur pendidikan negara
Polemik berhubung kemasukan lepasan UEC ke IPTA dilihat bercelaru apabila sebahagian pihak mula mengaitkannya dengan institusi tahfiz tanpa memahami struktur sebenar sistem pendidikan negara. Di media sosial, timbul naratif kononnya kerajaan sedang “menunggang” institusi tahfiz untuk membuka laluan pengiktirafan kepada UEC sedangkan kedua-dua aliran itu mempunyai syarat dan mekanisme kemasukan berbeza yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Penceramah

Helmi Mohd Foad
May 162 min read


Belia bina kekuatan, sesuaikan diri dengan cabaran semasa - Nurul Izzah
Nurul Izzah berucap pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2026. Kredit foto: FB JBSNegara Golongan belia diseru supaya membina kekuatan diri, mempertahankan maruah serta mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran masa depan termasuk perubahan iklim, ketidaktentuan geopolitik dan tekanan media sosial, demikian kata Nurul Izzah Anwar. Beliau yang juga Pengerusi POLITY berkata generasi muda perlu mempunyai keupayaan untuk beradaptasi dengan keadaan semasa kerana dunia kini sedan

Helmi Mohd Foad
May 162 min read
bottom of page
