top of page

Kerajaan pantau misi GSF, siap siaga sebarang kemungkinan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan memantau rapi pelayaran kapal-kapal misi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang insiden.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, misi kini berada di Garisan Kuning Dua, iaitu kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza, dan berisiko dipintas oleh rejim Zionis.


"Kita sentiasa memantau keadaan ini, yang bermaksud kita telah pun memberikan desakan, namun kita berdepan dengan Israel yang paling biadab di dunia. Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan, kita telah melakukan sedaya upaya yang mungkin.


"Kita juga berhubung secara langsung dengan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, untuk mendapatkan maklumat mengenai kedudukan semasa," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita pada majlis Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Negeri Perak, di Ipoh pada Ahad.


Sementara itu tambahnya, Kerajaan mengambil berat terhadap peserta dari Malaysia, malah turut mengikuti perkembangan peserta antarabangsa lain termasuk dari Turkiye, Sepanyol dan Brazil.


Susulan itu, komunikasi turut dijalinkan dengan beberapa negara di Asia Barat termasuk Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan peserta Sumud flotilla berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page