top of page

Konvensyen PH 2026 himpunkan pimpinan, suntik semangat hadapi pilihanraya

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 17
  • 2 min read
Datuk Fahmi menyampaikan ucapan alu aluan kepada perwakilan dalam Konvensyen PH 2026
Datuk Fahmi menyampaikan ucapan alu aluan kepada perwakilan dalam Konvensyen PH 2026

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 menjadi platform penting menghimpunkan pimpinan dan perwakilan dari seluruh negara bagi memperkukuh hala tuju gabungan itu menjelang pilihanraya akan datang.


Pengarah Konvensyen PH 2026, Fahmi Fadzil berkata, program pada hai ini akan menampilkan ucapan serta perbahasan daripada wakil negeri dan pimpinan utama parti bagi menjelaskan hala tuju ke depan gabungan tiga parti berkenaan.


"Hari ini kita akan dipersembahkan dengan ucapan dari wakil dan pembahas dari setiap negeri, juga daripada pimpinan termasuk pimpinan utama, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam ucapan pembukaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor), pagi tadi.


Menurut beliau, konvensyen PH akan menjadi medan untuk menyampaikan mesej, intipati dan semangat perjuangan kepada seluruh jentera parti, bukan sahaja dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.


"Kita akan mendengar mesej, intipati, semangat yang beliau titipkan kepada kita bukan hanya untuk pilihan raya negeri yang mungkin bakal berlangsung tidak lama lagi,” katanya.


"Sama ada kita berhasrat untuk betanding berapa kerusi, semua atau sebahagian dan juga apakah masa depan untuk kita bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang mana hingga ke hari ini kita telah lihat pencapaian Kerajaan Madani yang tidak boleh dinafikan, disangkal dan tidak boleh kita ketepikan," jelasnya.


Dalam masa sama, Pengarah Komunikasi PH itu berharap konvensyen hari ini akan dapat menyuntik semangat baharu kepada semua peserta yang hadir.


"Saya mendoakan rakan-rakan yang datang dari dekat dan jauh pulang dengan semangat baharu dan iltizam yang satu supaya kita dapat mendirikan sebuah negara yang benar-benar adil untuk rakyat Malaysia," katanya.


Konvensyen PH di Johor Bahru ini mengumpul sekitar 5,000 peserta dari seluruh negara untuk memperteguh semangat kerjasama berpasukan dalam gabungan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page