top of page

Selangor cadang naik gaji guru KAFA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti cadangan menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,500 kepada RM1,700 .


Exco Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) berkata usaha itu bagi memastikan kebajikan warga pendidik agama di Selangor terus diperkasa dan kertas cadangan berhubung perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bulan ini untuk dimuktamadkan.


"Insya-Allah, sekiranya tidak dapat dilaksanakan tahun ini, kita akan masukkan dalam Belanjawan Selangor akan datang untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.


"Usaha inivsupaya guru KAFA memperoleh gaji minimum selaras dengan kadar gaji minimum di Selangor. Jadi, perlunya ada komunikasi ke bawah dan usaha-usaha Kerajaan Negeri yang akan kita buat," katanya dipetik.


Dr Mohammad Fahmi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia sebelumnya hadir merasmikan Majlis Peluncuran Liqa’ Mahabbah Guru KAFA daerah Petaling di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.


Pada acara yang dihadiri kira-kira 1,500 guru KAFA sekitar daerah Petaling itu, beliau turut melancarkan tanda nama baharu sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula guru KAFA di negeri ini.


"Guru KAFA tidak boleh dilihat asing daripada Kerajaan Negeri. Mereka adalah sebahagian daripada kita, jadi kita memberikan satu penjenamaan semula dengan membekalkan tanda nama baharu yang mempunyai logo sama.


"Semoga dengan inisiatif ini mereka akan rasa lebih bersama dengan Kerajaan Negeri dalam menjayakan misi dan agenda membangunkan anak-anak berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page