top of page

Wan Nur Aishah pangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 41 minutes ago
  • 1 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bandar Tun Razak Wan Nur Aishah diamanahkan memangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan.


Biro Politik AMK dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu susulan tindakan Asheeq Ali Sethi Alivi meletakkan semua jawatan termasuk Ketua AMK Wilayah Persekutuan dan meninggalkan parti semalam.


"Bagi memastikan kesinambungan gerak kerja serta penstrukturan semula berjalan lancar, Biro Politik AMK memutuskan bahawa Wan Nur Aishah, Timbalan Ketua AMK Wilayah merangkap Ketua AMK Bandar Tun Razak akan memangku jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan.


"Beliau akan menyelaras semula gerak kerja organisasi, memperkukuh jentera anak muda serta memastikan agenda mendekati rakyat terus diperkasakan di seluruh Wilayah Persekutuan," kata Setiausaha AMK, Omar Mokhtar A Manap (gambar).


Menerusi kenyataan sama beliau turut menegaskan, Perjuangan reformasi yang menjadi asas kepada KEADILAN tidak pernah terhenti, apatah lagi ditinggalkan.


Gerakan reformasi juga jelasnya bukan slogan bermusim, tetapi proses panjang dalam membina negara yang lebih adil, demokratik, telus dan berintegriti.


"KEADILAN dibina atas semangat kolektif, pengorbanan ramai generasi reformis dan keyakinan bahawa perubahan memerlukan ketahanan yang panjang.


"Apabila memasuki fasa pentadbiran negara, cabaran yang dihadapi menjadi jauh lebih kompleks. Proses menterjemahkan idealisme memerlukan kebijaksanaan, kesabaran serta kemampuan mengimbangi realiti semasa negara.

"AMK percaya bahawa reformasi yang matang bukan sekadar retorik ketika menjadi pembangkang, tetapi keberanian untuk melaksanakan perubahan secara bertanggungjawab," tambahnya menerusi kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page