top of page

PM Anwar, Presiden El-Sisi bincang geopolitik, kepentingan Malaysia-Mesir

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
60 minutes ago
1 min read
Mesra... DS Anwar membincangkan banyak perkara terkait kepentingan Malaysia dan Mesir bersama El Sisi
Mesra... DS Anwar membincangkan banyak perkara terkait kepentingan Malaysia dan Mesir bersama El Sisi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi membincangkan perkembangan geopolitik serta isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.


Anwar berkata, pertemuan itu berlangsung selepas beliau dan El-Sisi berangkat bersama menaiki kenderaan yang sama selepas upacara sambutan rasmi ketibaan El Sisi di Istana Negara dan diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelumnya.


Ketibaan Presiden Mesir itu di Kompleks Seri Perdana, pejabat rasmi PM disambut dengan persembahan tarian Bunga Rampai sebagai tanda mengalu-alukan kunjungan sulung beliau ke Malaysia.


"Usai istiadat sambutan di Istana Negara, saya dan Presiden El-Sisi menaiki kenderaan yang sama menuju ke Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.


"Kami disambut dengan tarian Bunga Rampai sebagai tanda mengalu-alukan Presiden El-Sisi dalam kunjungan sulung beliau ke Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook.


Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dan berbicara secara terbuka mengenai perkembangan geopolitik serta isu yang menyentuh kepentingan Malaysia dan Mesir.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page